Lazada Shopping sempena PKP | Tempoh PKP ni banyak dihabiskan dirumah sebab tak boleh nak keluar pergi mana-mana. Dah lama rasanya nieyl tak shopping online kan, ambil kesempatan di saat malaysia tengah PKP ni. Untuk parcel yang first sampai semalam dari LAZADA. WOW! terkejut bila sampai kotak dia punya lah besar, nak tahu nieyl beli apa?
Kotak besar betul, macam la banyak sangat nieyl beli
Tadaa..nieyl beli 2 item ni je dekat LAZADA. First tu maggi kari dan juga maggi asam laksa. Kenapa beli maggi dekat LAZADA sebab time tu nieyl check harga dia jauh lebih murah dari harga di speedmart dan juga pasaraya.
Pencuci pakaian nieyl akan gunakan yang jenis cecair, tak berapa suka pakai yang serbuk sebab kadang-kadang dia meletak dekat baju dengan seluar ataupun mungkin nieyl yang tak pandai nak guna sabun yang jenis serbuk kot. Sebelum nieyl beli breeze ni , nieyl akan bandingkan harga biasa yang nieyl beli dan yang ditawarkan di LAZADA, selalunya harga breeze ni RM10.95 kalau sale pun masih lagi dalam RM10. Kebetulan, nieyl check di lazada harga sale RM9.99 terus nieyl grab 3 untuk stok nieyl dekat rumah.
Nieyl share dekat IG story ramai yang DM tanya beli dekat kedai mana di LAZADA tu. So, nieyl share juga dekat sini kalau korang nak juga tengok. Tapi nasihat nieyl bandingkan harga dulu sebelum beli tau, pastikan beli biar berbaloi tau..selamat bershopping..
Sekarang membeli belah dah mudah
ReplyDeleteYang penting ada fulusnya.
ada juga dok usha2 pencuci baju ni.. sebab da nak habis.
ReplyDeletetapi tengk harga macam sama je kat mart depan rumah hehe..