29 November, 2018

Kena Tumbuk Dengan Suami Ke?

by on November 29, 2018
Itulah gurauan nakal adik beradik pagi-pagi dalam group whatsapp bila nieyl bagitahu yang pipi belah kiri nieyl bengkak. Bengkak disebabkan apa nieyl tak pasti, malam tadi elok je cuma pagi ni bangun tidur terasa sakit bahagian pipi, lepas tu tengok cermin..alamak! bengkak..

Tapi nieyl kena juga pergi kerja hari ini sebab turn nieyl duty cover tempat PA pengarah. Tak nak susahkan orang lain, ada juga yang tegur kenapa pipi tu, nampak tembam semacam. Sebenarnya nieyl memang tahan sakit sekarang ni, cuma takut beguk je..boss nieyl siap suruh pergi klinik.. Jadinya pukul2 nanti nieyl baru pergi klinik..risau juga ni harap² bukan beguk la. If beguk memang kena MC panjang la..

Korang doakan nieyl ya...apa-apa nnt nieyl update dkt IG story atau Fb Story...

Hebat Betul Mulut Orang Kan

by on November 29, 2018
Assalamualaikum korang...putrajaya hujan lebat sekarang ini, Alhamdulillah dah beberapa hari panas mendatang, akhirnya Allah turun kan hujan membasahi tanah. Sebagai manusia, korang semua mesti pernah terdengar kata-kata orang yang bajet peramah tetapi muslihat dia menghancurkan hubungan sesama manusia. 


Kalau tengok contoh-contoh di atas tu, itulah realiti yang terjadi dalam masyarakat kita termasuklah kita ni sebenarnya. Kehebatan mulut orang ini mampu meruntuhkan masjid yang dibina, boleh melunturkan kepercayaan,kesetiaan dan lain-lain lagi tidak kira dalam persahabatan, kekekuargaan ataupun sesama manusia. 

Diri kita sendiri boleh menilai manusia itu sendiri. Kita digalakkan untuk berkawan sdengan semua orang, rambut sama hitam tetapi dalaman sifatnya belum tentu sama jadi, berhati-hati dalam berkawan, bersahabatan . Bila orang sampaikan sesuatu berita, cerita ataupun info..selidik dan fikir dahulu sebelum percaya 100% dan sebarkan. Bila berita atau cerita yang disebarkan tidak benar,ia boleh jatuh kepada FITNAH. Tahu kan hukum menfitnah ni apa kan..jadi, hati-hati . Sama-sama kita ingat mengingati ya..

28 November, 2018

Khasiat Jambu Air Untuk Kulit dan Tubuh Badan

by on November 28, 2018
Seronok bila rumah ada pokok-pokok buah buahan kan, kawasan rumah nieyl dulu tersangat luas ayah tanam pelbagai pokok buah. Antara yang nieyl sempat rasa hasilnya pokok buah mangga yang kecil-kecil tu, pokok durian belanda, pulasan dan rambutan. Tapi ada juga yang pokok nieyl tak sempat nak rasa seperti pokok durian dan pokok ciku sebab dia tak nak berbuah. 

Sekarang semua itu jadi kenangan dah sebab semua pokok-pokok yang nieyl sebut tu dah tak ditebang. Kawasan tu pun sekarang dah jadi kawasan perumahan kami adik beradik. Ada lebih kurang 7 buah rumah dalam satu kawasan tu. Besar kan..



Walaupun rumah nieyl dulu tak ada pokok jambu air, manggis tapi rumah kawan nieyl ada. Selalu kalau nak makan mesti pergi petik dekat rumah dia. Lagi-lagi pokok jambu air, buahnya yang segar dan sedap banyak mengandungi khasiat. Bukan sahaja buah, malah pohon serra daunnya juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. 

KHASIAT JAMBU AIR

  • Jambu air mengandungi vitamin C yang bertindak untuk memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak terutamanya perawatan kulit, ianya menjadikan kulit lebih segar dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita.
  • Kandungan serat dan air didalam buah jambu air ini sangat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman. Khasiat jambu air ini boleh meransang serta melancarkan pembuangan air kecil.
  • Selain mengandungi vitamin c, jambu air juga ada vitamin A yang diperlukan mata agar dapat berfungsi seiring dengan peningkatan usia. Yang ini sangat sesuai untuk mereka yang bekerja di hadapan komputer seperti nieyl . Mata cepat lebih dan kuyu. kalau dah kuyu tu nak tidur la tu kan..hehehe
Kalau pergi cameron highland jambu air dan strawberry menjadi carian nieyl. Sedap, manis dan rangup. 







Sensodyne Sesuai Untuk Gigi Sensitif

by on November 28, 2018
Selalu tengok iklan gigi dekat TV terutamanya iklan gigi sensitif ni. Setahun dua baru ni nieyl baru terasa yang gigi bahagian kanan nieyl adalah gigi sensitif. Macam mana nieyl tahu dia gigi sensitif? Kebiasaannya nieyl banyak gunakan gigi bahagian kiri untuk menguyah, tetapi ada kalanya terkunyah makanan di bahagian kanan , ketika itu la rasa macam nak hentak gigi dekat dinding. Itu belum lagi benda yang sejuk dan manis. Ya Allah..sakit dia tu menyusuk ke kepala. Nampak macam poyo je kan ayat tu tapi hanya orang yang ada gigi sensitif ni je yang tahu betapa sakitnya.

Disebabkan selalu sangat tersalah kunyah, nieyl beli dan try sendiri ubat gigi sensondye yang dikatakan sesuai untuk gigi sensitif ni bukan hati yang sensitif tau. Yela, iklan dekat TV biasalah ada sesetengahnya hebat di TV je, hakikatnya..mungkin tak sama.


Nieyl beli dekat watsons sahaja ambil yang ada percuma berus gigi yang direka khas untuk gigi yang sensitif. Berus gigi untuk gigi yang sensitif ini dia lebih soft dari berus gigi biasa. Dan berus gigi ni tidak akan mendatangkan kecederaan gusi kalau kita gosok terkuat pun. Nieyl memang suka berut gigi macam ini. 


Ubat gigi sensodye ini berbentuk seperti pencuci muka, comel sahaja panjang dia pun satu tapak tangan kita. Guna pun tak banyak, kalau ikut cara penggunaan hanya sehari 2x sahaja, tapi biasalah nieyl sehari 4x. 

Sensodyne whitening and repair ini melindungi ubat gigi pemutihan adalah mustahil untuk memperbaiki kawasan tersebut. Sensodyne Membaiki dan Melindungi Ubat gigi pemutihan mencari kawasan sensitif dan membentuk lapisan seperti gigi di atasnya. Gunakannya dua kali sehari untuk terus membantu membaiki, menguatkan dan melindungi gigi daripada sensitiviti. Pada masa yang sama, Pembedahan Sensodyne dan Melindungi dan membantu gigi  mengekalkan keputihan semula jadi.


REVIEW NIEYL

Secara jujurnya sepanjang seminggu nieyl cuba ubat gigi sensodyne ini Alhamdulillah masalah gigi sensitif ni telah pun hilang so, sekarang ini nieyl memang boleh kunyah makanan menggunakan gigi bahagian kanan tanpa perlu lagi risau sakit gigi. Bukan itu sahaja nieyl dah boleh makan aiskrim dan minum air manis tanpa takut-takut lagi.

So, nasihat nieyl kepada korang yang ada masalah gigi sensitif seperti nieyl, cepat tukar ubat gigi korang untuk lebih menikmati makanan yang sedap-sedap hehehe...

27 November, 2018

Birthday Giveaway by MaisarahSidi.com

by on November 27, 2018

Join Click Banner


Ucapan
Nieyl dah lama follow blog maisarahsidi.com ni,
blog yang kemas, ringan dan penuh informasi..
jadi nieyl doakan semoga maisarah diberikah kesihatan yang baik,
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
semoga blog maisarahsidi.com ini akan menjadi blog yang lebih dikenali..
InsyaÁllah


Resepi Cucur Jagung Mudah dan Sedap

by on November 27, 2018
Dah lama nieyl tak share resepi masak memasak dalam blog, sendu sikit la kebelakangan ni bab memasak ni sebab kebanyakkan masakan nieyl dah share resepinya dalam blog.. Kali ini kiranya first time nieyl buat cucur jagung ni tau. Area rumah nieyl tu susah siki nak dapat jagung , dekat Aeon Big Alamanda pun nieyl cari tak ada. Mungkin bukan musim dia la kot kan.

Pergi kedai area rumah nieyl awalnya nak beli sayur tapi ternampak pula jagung banyak terus beli 4 tongkol. Kebetulan petang tu nak pergi lepak bawah pokok mangga rumah MIL nieyl, jadi masak cucur jagung untuk minum petang sekali.

Alhamdulillah, first trial yang boleh buat nieyl senyum lebar bila satu bekas tupperware habis di makan dan semua kata sedap..bonus untuk diri sendiri sebab buat dengan penuh kasih sayang okay..hehehe..InsyaÁllah kalau ikhlas bertambah sedap apa yang kita masak tu..

Disebabkan first trial nieyl berjaya, nieyl nak share resepi cucur jagung yang mudah dan sedap. Lagipun bahan-bahan yang digunakan pun senang nak cari. Dan bahan-bahan pun korang boleh guna ikut apa yang ada je pun tak ada, yang penting kena ada JAGUNG okay..


Resepi Cucur Jagung Nieyl 

Bahan-bahan
  • Tepung gandum
  • Tepung beras (sedikit) * tak wajib,kalau ada..tak letak pun tak apa
  • Bawang besar (potong dadu)
  • Cili Besar (cincang)
  • Jagung ( di tumbuk)
  • Daun kucai (kalau xde pun tak apa)
  • Telur Ayam
  • Garam
  • Air
* nieyl letak serbuk emplex sikit,nak kasi rasa crispy² sikit..hehehe (tak letak pun tak apa) 



Cara-caranya 


  1. Korang boleh tengok gambar yang nieyl tunjuk dekat atas ni...
  2. Satu kan semua bahan dalam 1 bekas
  3. Gaul semua bahan last sekali nieyl baru letak air
  4. Air tu korang boleh sukatan sendiri kalau nak keras,kurang kan air, nak lembut sikit lebih kan air.
  5. Time goreng nanti api tak perlu kuat sangat, nanti luar je garing dalam tak masak pula. Guna api yang sederhana.
  6. Lepas warna dah keemasan, dah boleh angkat dan toskan dan makan bersama sos..yumyum

Selamat mencuba uolls ♥

26 November, 2018

Cara Menghalau Lalat

by on November 26, 2018
Lalat adalah sejenis serangga yang mampu terbang dan boleh menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanan dan sifatnya yang sering terbang ke tempat-tempat yang kotor. Selain tu juga lalat dikenali sebagai salah satu perosak paling mudah dijumpai. betul tak?kita pergi mana-mana pun akan ada lalat, tak perlu pergi jauh ..dekat rumah kita sendiri pun ada lalat ni kan..


Kehadiran lalat memang tidak pernah di pelawa, dia akan datang ikut suka hati dia je dan ianya sangat merimaskan sesiapa sahaja dengan bunyi , dah tu suka hinggap pada badan kita. Ha..kalau di biarkan tu yang bertahi lalat tu..hehehe..


Cara menghalau lalat 

  1. Ambil dua batang lilin dan nyalakan. Letak di atas meja makan atau kawasan hidangan. Ini kerana haba dari lilin tu tidak disukai oleh si lalat. Biasanya kita akan nampak di kedai-kedai makan.
  2. Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam mangkuk atau cawan yang berisi air.Biarkan di tempat yang ada lalat
  3. Letakkan daun kari didalam bekas yang berisi air dan biarkan di tempat makan atau hidangan.
  4. Gunakan beberapa biji cili besar di belah dua dan letak di atas meja
  5. Tumbuk kayu manis sehingga hancur dan taburkan di atas meja
  6. Kibaskan daun belimbing kepada lalat yang sedang terbang


Keberkesanan petua-petua ini bersifat sementara sahaja, apa yang penting kebersihan luar dan dalam rumah harus di utamakan.InsyaÁllah lalat pun tak nak datang sebab terlalu bersih :) selamat mencuba. oh ya..kalau korang ada petau macam mana nak halau lalat ni, boleh share di ruang komen yaa...sama-sama kita kongsikan.


Ceria di Pagi Isnin

by on November 26, 2018

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..hari ni dah bermula cuti sekolah..
jalan pun Alhamdulillah..kurang kereta keluar pagi-pagi...
sedang elok sahaja sampai pejabat pagi tadi...
seronok jalan tak sesak..
tapi yang mana AREA yang memang sepanjang tahun sesak tu...
bertabahlah ya..Semoga selamat sampai pejabat...

Happy Working semua..♥

23 November, 2018

Random Photo Lagi

by on November 23, 2018
Assalamualaikum dan salam jumaat semua. Hari ini last day persekolahan anak-anak kan, hari ini pun last day nieyl hantar anak buah nieyl pergi sekolah. Sambung balik rutin tu tahun depan insyaÁllah. Pagi ni nieyl cuma nak share random gambar-gambar yang ada dalam folder handphone nieyl ni. Sebelum itu, nieyl bersyukur sangat Allah sentiasa murahkan rezeki nieyl boleh dikatakan selalu dapat ole-ole, hadiah dan sebagainya dari orang-orang sekeliling. Terima kasih banyak-banyak. 

Korang tengok gambar coklat-coklat ni mesti dah boleh agak dari mana kan?Dari Langkawi.. Pagi-pagi lady boss dah kasi coklat dekat PA dia tapi dia kata bukan dari dia, dari husband dia ada meeting dekat Langkawi..Ha..jangan fikir bukan-bukan tau, sebenarnya sebelum lady boss kerja pejabat nieyl ni. husband lady boss kerja satu pejabat dengan nieyl. So,kenal.. Lady boss nieyl ni kitaorang berdua dah macam mak dengan anak dah..

Boss lelaki nieyl yang dulu pun macam tu juga, kalau pergi holiday dengan family.. Wife dia selalu belikan barang untuk nieyl.. so, nieyl bersyukur dapat jaga boss-boss yang baik macam ni. 


Kuih keria ni bukan nieyl yang buat tau, cakap awal-awal .. Ini mak nieyl yang buat untuk makan-makan dekat rumah. Buat frozen juga, jadi pagi-pagi nieyl goreng sikit bawa bekal bagi boss nieyl makan sama. 


Weekend-weekend biasanya nieyl akan pergi rumah mak mertua nieyl untuk lepak dengan jiran-jiran mak mertua nieyl di bawah pokok mangga. Minum petang biasanya ada bawa makanan, last week nieyl memang dah lama teringin sangat nak masak cucur jagung, masak bagi adik beradik sikit dan bawa pergi rumah mak mertua nieyl untuk makan ramai-ramai bawah pokok mangga. Alhamdulillah, semua orang suka makan, habis satu tupperware besar hehehe


Nieyl bukan seorang pengemar roti canai sangat tetapi nieyl suka makan roti canai kedai abg nieyl. Roti canai dia serius memang sedap, tidak liat walaupun dah sejuk. Kalah roti canai kedai mamak tau. Tapi itulah nieyl bukan selalu dapat makan pun, kalau cuti di hari bekerja je dapat makan sebab kedai abg nieyl open Isnin -Jumaat , Pagi sampai jam 4 sahaja. 


Hari rabu baru ni, nieyl dapat ole-ole dari Sabah. Ikan bilis dan kerongsang. officemate baru balik dari Sabah. Ikan bilis ni dah siap kopek tau, lembut je tak keras. Warna dia pun fresh. Dia kata sekilo dia dapat RM18 murah la kan...


Pagi semalam hujan lebat sangat time pergi kerja. Nak breakfast pun nak benda yang panas-panas nasib baik dekat cafe nieyl ni ada pakcik yang jual bubur nasi + ayam goreng + sup RM5..Sedap juga.

Oklah, itu je nieyl nak share dengan korang..thanks sebab singgah blog ni..

22 November, 2018

MAHA 2018 Jangan Lupa Datang!

by on November 22, 2018
MAHA singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism Show. Ianya dibuat hampir setiap tahun dan bertempat di MAEPS Serdang akan berlangsung selama 11 hari mulai 22 November 2018  di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini mensasarkan lebih 3.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara.


Tema untuk tahun ini masih mengekalkan "MAKANAN KITA MASA DEPAN KITA" untuk mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas kekuatan negara. Selain kekuatan ketenteraan dan diplomatik, kemandirian masa depan Malaysia bergantung kepada kebolehan kita mencapai kemerdekaan dalam aspek pengeluaran makanan.

Untuk tahun ini lebih banyak khemah dibuka iaitu 1,500 khemah jualan dibuka dan sejumlah 70 peratus daripadanya sudah mendapat tempahan daripada peniaga memasarkan produk dan hasil pertanian mereka.Wah!mesti lebih meriah dari tahun-tahun sebelum ini. 

Jangan lepaskan peluang membawa anak-anak bersama merasai sendiri kemeriahan di MAHA 2018. 

Desto melancarkan pertukaran kripto berasaskan pemegang amanah, DestoCX

by on November 22, 2018
KUALA LUMPUR: Seperti setiap perkahwinan, mana-mana sistem kewangan memerlukan kepercayaan. Peningkatan mata wang digital kripto sebagai kelas aset baru yang muncul juga bersandarkan kepada kepercayaan – bahawa urus niaga yang dilakukan adalah selamat, tepat, dan pertukaran itu dilindungi. 

Disebabkan itu, firma fintech DESTO telah dibangunkan dan baru-baru ini melancarkan DestoCX, pertukaran kripto berasaskan pemegang amanah yang diilhamkan oleh pihak yang tidak berhubungan dengan bank. Pertukaran itu adalah bahagian pertama daripada ekosistem fintech DESTO yang akan dilancarkan. DestoCX menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang digital kripto yang luar biasa kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Pertukaran itu berlangsung secara langsung pada 22 Oktober lalu. 



Apa yang membuatkannya menonjol adalah menerusi ciri penjaga yang ditampilkan, Satoshi Trust, di mana DESTO mencipta firewall untuk mengasingkan wang kliennya, supaya syarikat atau kakitangan tidak dapat menggunakan syiling (coin) dalam pertukaran atau wang klien. Dan DESTO juga telah menggariskan ciri keselamatan sebagai nilai terasnya di samping memastikan kepuasan pelanggan.

DzSatoshi Trust menyediakan beberapa lapisan tahap keselamatan tambahan, agar pelanggan kami boleh menggunakan platform kami dengan lebih yakin, serta mengetahui bahawa dana atau aset digital mereka dilindungi,dz menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DESTO, Samuel Law, seorang rakyat Malaysia yang berada di luar pesisir industri fintech lebih dari 10 tahun.  

DzDestoCX adalah penting untuk pembangunan kami kerana ia memberikan peluang kepada peniaga, pembeli atau pelabur aset kripto untuk saling bertukar di platform ini, selain menjadi tempat untuk bertukar dan mencairkan dana secara berpusat. DestoCX juga begitu penting kerana ia memberi sokongan yang diperlukan untuk pengaliran mata wang DEO,dz kata Samuel. DestoCX pada asasnya menyediakan platform untuk kecairan yang dikumpulkan, untuk mengesahkan transaksi yang berlaku serta disahkan dan dipertimbangkan dengan tepat. DzDan dana mereka sudah pasti terjamin kerana dilindungi,dz ujar Samuel. 



Pertukaran berkenaan sebenarnya berlangsung dalam teknologi sistem teragih iaitu teknologi yang sama digunakan oleh Google, Twitter dan Facebook. DzKami mampu menampung trafik yang sangat tinggi dan mengekalkan kecekapan sistem pada tahap yang sangat memuaskan. Ia boleh melaksanakan sehingga 100,000 pelepasan perdagangan sesaat, dengan kemampuan mencapai satu juta sesaat,dz kata Samuel. 

Menurut Samuel, semuanya adalah mengenai masa, sebelum pasaran mata wang digital kripto yang dikuasai oleh teknologi blockchain menjadi standard baru dalam ekonomi dunia. DzKami sudahpun menyaksikan evolusi yang berlaku pada masa ini yang menggunakan kaedah pembayaran semasa semakin menjadi berlebihan, sebelum ia menjadi lama dan usang. Dengan alasan ini juga, DestoCX wujud dan akan terus wujud bagi memenuhi keperluan evolusi kewangan,dz beliau berkata. 

Beliau turut menyatakan bahawa DEO belum lagi disenaraikan pada masa ini, berikutan DESTO sedang membina peneroka rantaian DEO (DEO Chain Explorer) iaitu platform yang membenarkan carian maklumat mengenai blok, alamat dan transaksi di blockchain COIN DEO, bersama kod sumber yang tersedia di Github. DzKami juga menyelaraskan ia dengan platform dagangan bagi memastikan aliran itu tepat dan seperti yang ditetapkan. 

Kemungkinan ia akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan. Yang paling awal mungkin pada November atau Disember ini, bagaimanapun kami berharap ia akan berjalan secepat yang mungkin,dz kata Samuel. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai DESTO, DestoCX dan DEO coin yang akan disenaraikan tidak lama lagi, boleh melayari www.destocx.com, atau emel kepada support@desto.io.