03 October, 2025

Restoran Suhaimi Ipoh – Port Sarapan Pagi Legend

 

Restoran Suhaimi Ipoh – Port Sarapan Pagi Legend | Kalau sebut pasal sarapan pagi di Ipoh, nama Restoran Suhaimi memang cukup terkenal. Terletak di tengah bandar Ipoh, restoran ini sudah lama menjadi pilihan orang tempatan untuk memulakan hari dengan pelbagai juadah yang sedap dan mengenyangkan. Port breakfast ini syida recommend, dia kata pernah datang sini makan. 

Kitaorang bertiga sampai awal, masa tu kedai tak buka lagi. Kitaorang pergi isi minyak kereta dulu, bila patah balik dah ramai orang breakfast dekat situ, nasib ada tempat kosong lagi.

Restoran Suhaimi sinonim dengan nasi lemak, roti canai, lontong, bihun sup, nasi dagang, dan nasi kerabu. Pilihan lauk pauk untuk nasi lemak juga pelbagai – dari sambal sotong, ayam goreng berempah, sambal paru hinggalah sambal kerang yang padu. Pilihan kitaorang seperti di dalam gambar tu ya.. Nieyl pagi kalau roti kurang sikit hehehe, nieyl ambil nasi lemak ayam goreng. 
Kitaorang mengada pergi order kopi vietnam, jadi datangnya seperti yang nieyl pegang tu la. Dia menitis setitik setitik. Bila dah habis tu dia tak penuh pun, separuh je..Sekali nieyl minum Allah..taubat tak nak order lagi hahaha..Pekat likat, pahit ..hahahaha..

Dari segi harga berpatutan dengan portion dia. Tak adalah mahal sangat untuk breakfast ini. Total rm58.90 kira seorang dalam rm19.63 

Sebelum balik, wajiblah pose sikit , cantik pula bunga tu menjala jadi hiasan pintu kan. Korang jangan  lepaskan peluang singgah ke Restoran Suhaimi untuk merasai pengalaman sarapan pagi ala tempatan yang asli. Sama ada anda peminat nasi lemak, roti canai atau hidangan tradisional, semuanya ada di sini, ini antara port breakfast yang popular. 

1 comment:

  1. Restoran Suhaimi ni macam x sampai lagi....kena explore lagi la area sana nampaknya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)