08 October, 2025

Lutut Ayam Goreng Niase Ipoh – Unik, Rangup & Padu!

Lutut Ayam Goreng Niase Ipoh – Unik, Rangup & Padu! | Kalau korang jenis suka mencuba makanan unik dan lain daripada yang lain, Lutut Ayam Goreng Niase Ipoh ni wajib masuk dalam senarai! Terletak di bandar Ipoh yang memang terkenal dengan pelbagai juadah menarik, kedai ni menawarkan hidangan yang rare tapi sedap — lutut ayam goreng!

Anak buah nieyl sebelum nieyl pergi Ipoh dah pesan awal, jangan lupa pergi cari lutut ayam Niase. Sebab dekat sini susah nak dapat, jauh nun Ipoh cari ni. 

Mula-mula mungkin bunyinya pelik, tapi sekali cuba, memang ketagih! Bahagian lutut ayam ni digoreng garing dengan rempah istimewa sampai rangup di luar, lembut di dalam. Setiap gigitan ada rasa gurih, pedas-pedas manja dan aroma rempah yang cukup memikat.



Selain lutut ayam goreng, dorang juga ada menu lain macam nasi lemak lutut ayam, mi kari lutut ayam dan burger lutut ayam — memang kreatif betul idea dorang ni. Tak hairanlah ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak rasa sendiri keunikan ni.Kalau korang ke Ipoh, jangan lupa singgah ke Lutut Ayam Goreng Niase. Boleh cari terus dekat Google Maps — confirm senang jumpa sebab selalu ramai orang beratur!

Lutut ayam goreng ni  Best makan waktu panas-panas dengan sos cili homemade mereka, memang padu sampai licin pinggan!cili kering, daun limau, bawang putih tu semua boleh makan tau..rangup..harga sebekas ni agak mahal jugalah RM21.90. kenapa dia mahal sebab sekor ayam ada 2 lutut je sis, lagipun tak salah nak rasa buat pertama kali..not bad, sedap..


 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)