House of Salai by Naddy — Menyelami Aroma Salai & Kenangan Rasa Kampung | Kalau hati sedang rindu kehangatan masakan kampung dengan sentuhan tradisi yang ‘strong’, House of Salai by Naddy adalah salah satu tempat yang wajib diterjah apabila berada di Ipoh. Restoran ini menyajikan pelbagai masakan salai (smoked / diasapkan) yang membuka selera, dan menggabungkan gaya makan ala “pilih sendiri” dengan konsep troli ala IKEA.
sampai sini suasananya selesa — gabungan unsur kampung & moden. Meja dan persekitaran dibuat supaya pelanggan seronok duduk lama menikmati juadah. Konsep menariknya: pelanggan boleh menggunakan troli seperti di IKEA untuk pilih lauk yang diingini. Tempatnya sangat bersih dan untuk kita nak memilih makanan pun sangat teratur dan tersusun.
Makanan di letakkan di tempat yang kemas. Pelanggan nak ambil pun mudah. Boleh pilih yang mana kita suka. Banyak makanan kampung yang disediakan, baru 2 hari tak makan masakan mak dah rindu, terus cari masakan kampung.
Ikan bakar pun banyak jenis ikan yang disediakan. Macam nieyl suka makan ikan talapia jadi itulah menjadi pilihan cumanya kalau ikan bakar ni dia sedap kalau makan pana-panas. Cicah pula dengan kuah asam yang padu memang meletup weh. Rindu pula nak makan ikan bakar Zam Ikan Bakar dekat Cyberjaya tu.
Ini pilihan makanan tengah hari kiteorang bertiga. Nak cakap yang daging salai masak lemak dia sedapp! pengalaman makan yang bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga mengajak pelanggan ‘merasai’ warisan masakan kampung dengan teknik salai. Untuk sesiapa yang rindu kepada menu yang penuh aroma asap, lauk kampung, dan suasana santai, restoran ini adalah salah satu permata kulinari Ipoh yang patut korang cuba nanti kalau ke Ipoh tau.. rekomen dekat korang...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)