Platform ½ Harry Potter Ipoh – Spot Magik Ala Dunia Hogwarts | Makan sudah,pergi tempag sejarah pun sudah. Now, kita pergi next location untuk surprisekan seseorang. Kalau ke Ipoh, selain Castle atau street food yang terkenal, ada satu lokasi menarik yang makin viral di media sosial iaitu Platform ½ Harry Potter Ipoh.
Tempat ini diilhamkan daripada Platform 9 ¾ di King’s Cross Station London, yang menjadi pintu masuk pelajar Hogwarts dalam siri Harry Potter. Bezanya, di Ipoh ia diberi nama unik iaitu Platform ½ – seakan parodi comel untuk peminat Harry Potter.
Masuk-masuk je cafe ni dah rasa dah vibe-vibe harry potter. Keliling cafe ini dipamerkan dengan barang-barang ala-ala dalam filem harry potter.
Dekorasi Ala Hogwarts – Hiasan dinding bata merah, papan tanda “Platform ½” dan sedikit sentuhan fantasi buat suasana jadi feel London.
Kalau korang nak tahu, costume ala-ala harry potter ni boleh disewa rm10 untuk kita pakai waktu minum dan lepak dekat cafe ni.
Semestinyalah kitaorang ambil actually yang beria ambil ni si afika. Dia nak ber OOTD dalam cafe nanti.. Kakak-kakak dia ni layan kan aje..
Ada misi yang tersembunyi sebenarnya pergi cafe ni. Nieyl dan afika nak celebrate birthday Syida yang jatuh pada 17 Sept yang lepas. Gigih tau nieyl sembunyikan hadiah tu dari Syida hahaha..Bawa beg watsons pergi cafe hahaha.. untuk tahun ini nieyl dan afika hadiah kan handbeg untuk syida..
Semua kena paksa pakai costume harry potter hihihi..comel betul gambar ni kan. Semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila, geng travel ..
Cafe ni memang dicipta khas untuk OOTD atau gambar gaya Harry Potter. Ramai yang datang berposing lengkap dengan skarf Hogwarts atau tongkat sihir.Jadi, kalau korang singgah cafe ni jangan lupa OOTD okay.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)