02 October, 2025

Restoran Konda Kondi Ipoh

 

Restoran Konda Kondi Ipoh | Untuk dinner malam pertama di Ipoh kitaorang  mencari tempat makan yang santai, unik dan penuh dengan suasana "hipster vibes" di Ipoh, Restoran Konda Kondi antara port yang wajib masuk dalam list. Terletak di tengah bandar Ipoh, restoran ini bukan sahaja menawarkan hidangan yang sedap, malah dekorasi dan suasananya membuatkan orang ramai datang bukan sekadar untuk makan, tapi juga untuk "lepak chill" bersama kawan-kawan.

Masa nieyl datang tu nasib baiklah kebetulan ada seat kosong lagi sebab rata-rata table dah fully dah. Walaupun hari bekerja masih ramai yang datang makan dekat restoran ni. 

Restoran ini terkenal dengan hidangan western food seperti chicken chop, pasta, burger, dan lamb grill. Bagi yang suka manis, dessert dan minuman mereka juga banyak pilihan – dari smoothies, mocktail sejuk, sampai ke waffle dan kek yang gebu.

Selain itu, harga makanannya juga berpatutan, sesuai dengan portion yang agak besar. Memang puas hati kalau datang ramai-ramai, boleh cuba pelbagai menu sambil kongsi. Macam kitaorang hari tu ambil 3 jenis menu yang berlainan, konon-kononnya nak rasa-rasa je, sekali kan..jenuh nak habiskan. Memang betul portion dia agak besar dan menu kitaorang tu boleh share 4 ke 5 orang. 

Dari segi harga, kiteroang orang 3 menu ni dan 2 air kosong dan 1 air manis. Total 78.47.  Oklah harga dia makan 3 orang. Lebih kurang seorang Rm26.15

Siapa pergi Ipoh tak tahu nak dinner mana boleh singgah sini ok. Lepas makan tu korang boleh pergi ke Pasar Karat area situ juga jalan kaki je. Suasana malam yang best.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)