Dim Sum Discovery by Canning: Pengalaman Makan & Belajar Dalam Satu Tempat | Bila sebut tentang dim sum, ramai pasti terbayang suasana rumah teh yang sibuk dengan bakul-bakul kukus panas berisi hidangan kecil yang menyelerakan. Namun di Ipoh, Dim Sum Discovery by Canning membawa pengalaman itu ke tahap yang lebih menarik — bukan sekadar tempat untuk makan, tetapi tempat untuk belajar, mencipta dan menghargai seni kulinari Cina-Muslim.
Pada tujuan asalnya nieyl, afika ngan syida ke sini sebab nak belajar buat dim sum. Tapi sayang masa kitaorang pergi tu dah close dan akan buka semula pukul1.30 macam tu, kalau nak tunjuk agak lama juga so, kitaorang decide untuk makan sahaja di sini..
Kitaorang tak ambil banyak sangat sebab baru lepas breakfast kan. Kita ambil untuk rasa-rasa je sorang satu. Apa yang bestnya dekat sini cara kita nak order tu unik. Untuk order air kita guna apps, tapi untuk makanan akan ada staff datang ke meja bersama troli penuh dengan dim sum yang panas-panas. Ha, kita boleh ambil sahaja yang dieorang bawa dekat troli tu.
Nanti bila tengah makan, akan ada je staff datang bawa troli sekali, dia tunjukkan makanan-makanan yang baru masak , panas-panas lagi ke meja kita kalau-kalau kita berminat nak makan. Bestkan.. Banyak je makanan yang nak try tapi masa tu masih kenyang lagi hahaha..dia kena pergi time perut lapar.
Maklumat Penting
-
Tarikh dibuka: 25 Januari 2024
-
Waktu operasi: 8.00 pagi – 4.00 petang (tutup setiap Selasa)
-
Alamat: 26, Hala Rapat Baru 21, Kawasan Industri Ringan Kinta Jaya, Ipoh
-
Telefon: +60 16-709 1535
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)