08 October, 2025

Photobooth Kreatif di Lorong Kecil

 

Photobooth Kreatif di Lorong Kecil | Kali ke dua masuk ke lorong concubine lane untuk teman afika nak beli gift untuk kawan dia. Masa hari pertama tak sesesak pada hari kedua ni, maybe sebab weekend. Lepas selesai afika beli gift, kita berjalan-jalan di setiap lorong yang ada. Actually kan setiap lorong yang kita lalui ni dia ada banyak port aesthetic yang kalau ambil gambar memang cantik.

Kebetulan masa tengah secroll TikTok ada nama satu kedai photobooth di lorong-lorong yang kitaorang tengah berjalan ni, jadi kitorang pun terus menjadi kedai tu akhirnya jumpa juga. Masalahnya kedai tu sangat kecil dan terpencil ya. 

Dia banyak pakej yang di sediakan dan kiteorang ambil pakej gambar polaroid 4 keping. Apa yang bestnya dia ambil gambar menggunakan latar belakang lorong-lorang concubine lane yang memang dah aesthetic. Dan korang tak yah risau nak buat pose apa sebab photographer tu akan ajar korang pose..

Pose 1

Pose 2

Pose 3


Pose 4

Bagi nieyl  photobooth ini adalah elemen kecil yang memberikan “bonus” dalam pengalaman jalan-jalan. Ia menjadikan lorong itu bukan sahaja tempat lalu lalang, tapi juga ruang untuk berhenti dan mencipta memori visual.

Namun, seperti banyak tempat pelancongan komersial, ada ulasan bahawa Concubine Lane kini lebih tertumpu ke arah jualan souvenir dan makanan, dan aspek warisan kadang-kadang terasa terpinggir. Photobooth yang menarik boleh menjadi salah satu cara memulihkan elemen seni dan estetika di tengah kesibukan lorong.

Jadi, kalau korang ke Concubine lane carilah photobooth ni dia belakang Plan B cafe...Oh lupa, cost photobooth tu rm30 sahaja..lain pakej , lain harga tau..

1 comment:

  1. lawa-lawa pose dan gambarnya. Seronok kan bila berjalan ada yang tolong ambilkan gambo

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)