02 October, 2025

Jalan -Jalan Concubine Lane Ipoh

 

Jalan -Jalan Concubine Lane Ipoh | Lagi tempat yang wajib singgah ialah Concubine Lane. Terletak di tengah bandar lama Ipoh, lorong ini cukup popular dengan suasana klasik, bangunan lama bercirikan kolonial, serta deretan kedai hipster yang meriah. Masuk sahaja lorong dari awal sehingga hujung kiri dan kanan ada pelbagai kedai terutamanya kedai cenderamata, kraftangan , kedai makanan dan lain-lain lagi. 

Bila kau tengah layan K-drama bon appetit your majesty, mula lah tu berangan nak membeli cucuk sanggul tu..Tapi tak beli pun nieyl tengok-tengok aje sebab cantik-cantik semuanya..

Dekat Concubine Lane ni korang jangan pelik kalau kebanyakkan kedai dekat lorong tu jual casing handphone..nieyl pun tak sure kenapa, kebanyakkanya untuk Iphone. Memang rambang mataa, si Afika dia teracun 1 casing Ip 16, nasib baik nieyl dengan syida tak pakai Iphone hahaha..selamat duit...

Benda yang comel-comel ni susah nak terpisahlah, dekat salah satu kedai yang nieyl pergi tu memang banyak keychain kartun yang comel-comel. Rasa nak beli semuaaa. Selain tu banyak jual rantai manik untuk handphone. 

Kita pula memang suka bergambar, pantanglah jumpa cermin ni kecik-kecik cermin berebut nak masuk frame hahaha..Maaf besar di hadapan hahahaa

Jalan-jalan perut lapar, kita beli rainbow grilled cheese satu, kitaorang share bertiga je sebab takut tak habis sebab dia kena makan panas-panas sedap, kalau dah sejuk..tak sedap..
Sementara menunggu rainbow cheese tu siap, kita lepak-lepak dulu dekat kedai dia. Cantik tau korang , sementara tunggu tu korang bolehlah berOOTD dalam tu..Ada banyak buaian disediakan,nieyl pilih bulan sebab lebih stabil untuk size nieyl ni hehehe...

Lagi satu kan korang, kalau korang datang weekend memang lorong ni sangat sibuk ya. Kalau nak membeli pun beratur panjang. Macam nieyl hari tu memang plan pergi hari orang bekerja, jadi tak ramai orang. Parking pun senang tapi kalau weekend ni faham-faham jela parking ye...

Nanti kalau korang pergi Ipoh, jangan lupa tau pergi sini okay...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)