Kedai Cikgu Ipoh – Suasana Santai, Rasa Macam Masakan Rumah! | Kalau korang mencari tempat makan yang simple tapi puas hati di Ipoh, Kedai Cikgu patut masuk dalam senarai wajib cuba! Terletak di kawasan yang agak tenang, kedai ini terkenal dengan hidangan kampung yang penuh rasa dan suasana mesra pelanggan — memang terasa macam makan di rumah sendiri.
Kedai Cikgu juga ada menu sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun goreng, dan roti bakar kampung. Teh tariknya pun padu, cukup rasa dan tak terlalu manis. Di atas ini antara menu breakfast yang nieyl order makan 3 orang. Makanan yang kita order sekejap je sampai, tak lama pun nak menunggu.
Nieyl teringin nak makan bubur nasi ayam dia. Memang sedap korang, cuma korang kena minta cili potong dekat staff dia ha..baru sedap makan ada rasa pedas - pedas sikit.
Apa yang buat ramai suka datang ke sini bukan sekadar makanannya, tapi juga layanan ramah staf dan harga yang berpatutan. Kedai ni sesuai untuk semua — sama ada nak lepak santai dengan kawan, makan tengah hari dengan keluarga, atau singgah selepas berjalan di sekitar Ipoh. Total breakfast RM34 untuk 3 orang makan, murahkan..
Kalau anda orang luar yang datang melancong ke Ipoh, Kedai Cikgu memang antara tempat terbaik untuk rasa masakan tempatan sebenar. Pendek kata — "masakan cikgu, tapi rasa macam mak masak!"
Nanti korang try ok, masuk dalam wishlist kalau datang Ipoh..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)