Tasik Cermin 2 Ipoh: Hidden Gem yang Tenang dan Cantik | Kalau korang pernah dengar tentang Tasik Cermin yang terkenal dengan julukan “Mirror Lake” di Ipoh, sekarang ada kembar barunya – Tasik Cermin 2. Sama-sama menawarkan suasana tenang, pemandangan hijau, dan permukaan air yang jernih seperti cermin, tapi dengan keunikannya tersendiri.
Masuk-masuk korang akan jumpa kaunter boat tour yang akan bawa kita ke tasik cermin. Kalau tak silap nieyl 1 boat kena naik dalam 6 or 8 orang. Masa nieyl sampai tu belum cukup 8 orang lagi jadi kena tunggu dalam 10-15 minit.
Ok ini harga tiket untuk boat tour dan masa beli tiket tu untuk warga Malaysia dieorang akan minta kita kad pengenalan untuk kenalpasti kita warga negera untuk dapatkan harga RM25.
Masa ni nieyl dah naik boat ya. Nampak tak pantulan wording tu dekat dalam air. Ha..macam cerminkan. Masa naik boat ni, kita kena duduk hujung-hujung tanduk je ya..dah la nieyl ni jenis yang seram dengan air, naik pula boat macam ni memang sepanjang perjalanan dalam boat tu muka cuak tu sentiasa terpancar di muka bak kata afika.
Budak afika ni memang suka menyakat, time kita cuak ni lah dia nak snap gambar hahaha..tak tenang duduk atas boat tu ya..seorang bergoyang satu boat tu bergoyang hahaha...
Masa ni dalam gua. Tujuan naik boat tu adalah kita akan melalui satu lorong gua yang sempit dan gelap gelita sebelum sampai ke tasik cermin tu.. Seram tau korang, tak ada satu cahaya pun dalam gua tu. Berzikir aku dalam gua tu hahaha. bila nampak cahaya, baru rasa hidup lagi...hahaha
Suasana di sini lebih tenang dan tak terlalu ramai orang. Air tasiknya jernih, dikelilingi tebing batu kapur yang tinggi – bila kena cahaya matahari, memang nampak macam lukisan alam.
Kalau datang waktu pagi, kabus tipis masih menyelimuti kawasan ni. Memang rasa macam masuk dunia lain!
Keliling tasik cermin ni dikelilingi batu kapur ni. Sangat sunyi dalam ni..betul-betul kita menikmati keindahan semulajadi yang Allah beri ini. Korang nampak tak sebatang pokok dekat tengah-tengah tasik tu, pokok tu satu-satunya di tengah-tengah tasik.
Peace sikit nak gerak keluar dari tasik cermin sekali lagi melalui lorong gua yang gelap tu. Cuma waktu balik tak segelap masa nak masuk tau, tahu kenapa..waktu balik cepat je nampak cahaya dari luar tu.
Tips Sebelum Melawat
-
Datang awal pagi atau lewat petang untuk elak cuaca terlalu panas.
-
Pakai kasut yang selesa sebab akses jalan agak berbatu.
-
Jangan lupa bawa kamera atau phone dengan bateri penuh – confirm banyak gambar cantik!
-
Jaga kebersihan – jangan buang sampah sembarangan.
Jangan lupa singgah tau!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)