19 August, 2025

Make Over Bedroom : Barang-barang dah sampai

by on August 19, 2025

Make Over Bedroom : Barang-barang dah sampai | Weekend yang sangat memenatkan. Minggu ni nieyl dah start shorting baju-baju husband yang dah tak boleh muat lagi tu dan juga baju-baju nieyl yang dah tak boleh nak dipakai lagi. Nieyl kumpulkan untuk sedekah pada mereka yang memerlukan. Actually, baju-baju semua cantik lagi ada yang tak sempat pakai dah kecil hahaha. Jangan tanya kenapa ya..

Ahad, semalam ada 2 item yang nieyl beli dah sampai. Dia sampai awal pula dari yang nieyl jangkakan. Jadinya ruang tamu nieyl sekarang memang penuh dengan barang-barang dari bilik nieyl, nasib baik mak nieyl tak ada dekat rumah hehehe..

First yang nieyl beli adalah tilam 10 inci , ada spring size king anggaran harga dalam RM1400 brand Master Coil. Serius ya sangat beratnya, tak boleh angkat 2 orang, ini rasanya 3 orang ke 4 orang boleh angkat. 

Semalam juga sampai almari 3 pintu. Ok yang ini nieyl beli dekat Shopee.. Harga dia murah je cuma penghantaran dia mahal sebab dia memang sangat berat ya hehehe.. Nieyl ada beli lagi 2 almari baju hihihi..husband nieyl kata kenapa beli almari sampai 3.. Nieyl cakap, 1 untuk dia, dan 2 lagi tu untuk nieyl sebab nieyl tak cukup satu almari hahaha...

Sebab dah alang-alang nak make over ikut citirasa nieyl, nieyl labur duit sikit untuk tukar katil. Katil sekarang yang nieyl guna ni katil arwah nenek husband, yang katil tinggi lama-lama tu..Korang tahu kan?
Gambar kredit google, pinjam jap..
Ha..macam ni katil dia tapi besar macam sign queen. Nieyl dah guna katil ni dekat 10 tahun. Rasanya dah tiba masanya untuk bertukar. Faktor utamanya sebab dah tak larat nak mendaki setiap hari hahaha. Dah tua sis, kalau muda lagi boleh lagi kot guna kan. 

Ha..ok lah setakat ini sahaja dulu nieyl share perkembangan make over bedroom nieyl. Nanti nieyl sharing lagi okay...
 

18 August, 2025

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan

by on August 18, 2025

 

Buli di Sekolah: Masalah Lama yang Perlu Kita Hentikan | Bila sebut pasal sekolah, kebanyakan orang akan terbayang tempat belajar, kawan-kawan, dan pengalaman indah masa remaja. Tapi realitinya, ada juga sisi gelap – iaitu buli.

Sekarang ni boleh dikatakan hampir setiap hari di akhbar, di berita pasti ada cerita tentang buli. Actually Buli ni bukan sekadar usik-usik biasa dah sekarang, ia  jadi masalah bila mengejek nama, menolak di koridor, merampas barang, menyebarkan gosip dan macam-macam lagi sekarang ni. 

Kenapa buli ni boleh terjadi, sebenarnya banyak faktor yang boleh mendorang perkara ni seperti :-

  • Kurang didikan empati – pelaku tak faham atau tak peduli perasaan orang lain.

  • Nak tunjuk kuasa – terutama bila rasa tertekan di rumah atau mahu perhatian.

  • Budaya sekolah – kalau sekolah anggap buli “biasa”, ia makin berleluasa.


Antara kesan buli ini boleh terjadi kepada dua-dua pihak yang dibuli dan pembuli. Contohnya

  • Mangsa jadi murung, hilang keyakinan diri, malas ke sekolah.

  • Boleh membawa kepada masalah mental jangka panjang.

  • Pelaku sendiri berisiko teruskan perangai agresif hingga dewasa.


Yang lebih menakutkan sekarang ini aktiviti buli membaca kepada kehilangan nyawa. Allahuakbar.  Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah harian ataupun berasrama please sentiasa ambil pendekatan menantau serta mengambil lebih berat selepas ini.

Sebolehnya anak-anak tidak menjadi mangsa buli dan menjadi Pembuli di sekolah. Sentiasa pantau perubahan anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan. Buli kini tidak mengenal jantina. 

Sekolah sepatutnya jadi tempat selamat untuk belajar dan berkembang. Tapi selagi ada budaya “alah, biasalah budak-budak”, buli akan terus jadi racun. Kita semua termasuk guru, ibu bapa, pelajar kena ada peranan untuk hentikan.

Semoga anak-anak sahabat-sahabat nieyl yang membaca ni dijauhi masalah buli ini..Amin...




The Parc, Nilai Impian

by on August 18, 2025

 

The Parc, Nilai Impian | Siapa pernah pergi? nieyl kali pertama pergi sini, actually dia satu  taman unik yang dikenali dengan konsep mirror maze di kawasan Nilai Impian tapi bukan sekadar taman biasa, tetapi sebuah destinas yang menarik untuk OOTD, jogging ringan, foto keluarga, atau sekadar jalan santai dengan latar ilusi cermin yang super..

Bayangkan kita berjalan melalui lorong pantulan yang mencipta ilusi tanpa henti macam berada dalam dunia cermin seronok tetapi perlu berhati-hati agar tidak bertembung dengan bayangan sendiri.  Sebelum balik selangor tu, nieyl singgah dekat sini untuk bersantai sambil BerOOTD. Ha..kalau bertiga ni OOTD memang beratus-ratus tau. Sebab nieyl pentingkan moment dan kenangan.

Tak salah nieyl pilih tema biru kan, dalam gambar cantik-cantik. Kitaorang bertiga ni kalau berjumpa tak pernah tak gelak macam orang gila. Ada je si afika ni menyakat kitaorang berdua. Syida yang pendiam tu, kalau jumpa kitaorang bertiga, dia akan gelak je. Lupa sekejap masalah kerja yang menimbun kena buat tu. 


Korang kalau nak pergi sini, cuba elak waktu tengah hari agar cahaya matahari tidak mencipta pantulan silau yang menyakitkan mata. Pergi waktu  pagi atau petang lebih sesuai untuk fotografi. Dan kalau outfit bercorak atau berwarna terang efek pantulan lebih menyerlah. 

Nak masuk sini free je dan ada tempat parking juga. Ada taman mainan untuk anak-anak. Masa nieyl pergi tu ramai bawa anak-anak dan ada juga yang berOOTD dekat situ. Nice place..nieyl suka.. 

Ok lah korang, cerita outing nieyl dengan kawan-kawan dah tamat dah. InsyaÁllah next outing nieyl dengan dieorang bulan 9 nanti selama 4 hari ke Terengganu..Semoga dipermudahkan segala urusan nieyl dan kawan2..

15 August, 2025

MONTIGO : Botol Minum Bergaya yang Jadi Pilihan

by on August 15, 2025

 

MONTIGO : Botol Minum Bergaya yang Jadi Pilihan | Jumaat lepas nieyl dengan Syida pergi IOI Mall untuk belikan hadiah surprise birthday untuk Afika. Actually birthday afika 18 April, dah lepas lama dah cuma tahun ni masing-masing sibuk kan nak jumpa susah sikit, so bila ada peluang jumpa ni kita baru ada kesempatan untuk belikan hadiah. Kali ini kitaorang berdua pilih Montigo untuk beli botol air untuk Afika. Sebabnya dia suka pergi gym dan buat aktiviti lasak jadi bolehlah dia bawa botol air ni.

Siapa tahu Montigo ni apa? Montigo merupakan jenama drinkware (botol minum, tumbler, mug) moden yang dicipta untuk memberi gaya dan personaliti kepada gaya hidup harian. Ia diasaskan pada tahun 2020 di Melbourne, Australia.

Ini pilihan kitaorang berdua untuk Afika. Kebetulan warna lain dah sold out kita beli yang biru sebab for sure afika tak suka pink hehehe. Harga dia kalau tak silap nieyl dalam RM84.++ macam tu. kemudia untuk custom nama dalam RM15 -20. 

Ada macam-macam design untuk citarasa dan warna pilihan korang. Kalau pegang product ni memang boleh rasa kenapa barang dia mahal kerana kualiti dia.. Agak-agak siapa nak kasi nieyl hadiah produk Montigo ?hahaha...beli sendiri lah nieyl...

Masa dekat cafe, afika pergi toilet..cepat-cepat kitaorang letak beg hadiah atas kerusi dia. Balik dari toilet dia tanya apa benda ni, siapa punya. Kitaorang cakap la..afika punya..happy belated birthday afika! Excited tengok dia buka hadiah. 

Alhamdulillah, Afika suka dengan hadiah tahun ni.. Dia cakap lepas ni tak berebut dah botol air dengan mak dia ..budak ni macam-macam.. Dia siap cakap lagi nasib baik tak beli warna pink hahaha..

Yang ni nieyl bagi macam poskad birthday untuk afika. Gigih nieyl print tau hehehe..nanti bolehlah dia framekan ke apa kan. Gambar-gambar kenangan bersama. Imbau kembali kenangan afika cakap..



Happy Belated Birthday Afika..♥


14 August, 2025

Gastrohub Nilai: Kafe Kaca & Suasana Estetik yang Menggamit Selera

by on August 14, 2025


Gastrohub Nilai | Selepas selesai kewajipan kita, kitaorang bergerak ke Cafe pilihan afika iaitu Gastrohub yang terletak di Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan lebih dikenali sebagai “Kafe Kaca”, di mana ruang utamanya adalah rumah kaca berhawa dingin dengan latar pepohonan hijau dan aliran sungai kecil dan boleh rasa vibe yang tenang. 

Ini kali pertama juga nieyl ke cafe ni, dari luar pun memang nampak teruja nak masuk dalam, nak tengok bahagian dalam dia macam mana. 

Kafe ini menawarkan tiga ruang makan berbeza: kawasan luar terbuka, ruang kaca berhawa dingin, dan ruang atas untuk acara peribadi. Sangat sesuai untuk majlis sambutan, hi-tea, atau pertemuan mesra kerana keselesaan dan reka bentuknya yang “Instagrammable” Yang atas ni adalah stesen take away air dan dessert.

Ini kaunter pembayaran berbelakangkan tempat buat air yang berkonsepkan transparent . So, boleh nampak staff tengah buat air tu. 

Selalu kalau coffee hunting, kitaorang takkan membazir nak order makanan yang banyak-banyak tu ya. Cukup lah order apa yang nak rasa sahaja. Antara menu ada sweet potato yang ini sumpah sedap makan panas-panas ya. Pizza pun sedap juga lembut je roti dia. Kalau sampai pizza tolong makan dulu pizza tau sebab panas-panas sedap sangat. Tiramisu pada nieyl biasa je dan croissant salted egg sedappp..

Total kitaorang makan dekat sini RM120. Untuk nieyl berbaloi sebab makanan dia sedap. Kalau korang nak buat sambutan birthday pun boleh tau , dia ada pakej juga sekali makan. Kalau scan menu nanti ada pakej-pakej yang ditawarkan dekat cafe tu. 

Yang mana dekat-dekat tu yang masih belum cuba cafe ni bolehlah cuba nanti okay..

Kafe ini dibuka setiap hari dengan waktu berbeza:

Isnin–Khamis: 12:30 pm – 10:00 pm
Jumaat: bermula 3:00 pm
Sabtu & Ahad: 9:30 am – 10:00 pm

Masjid Sri Sendayan – “Taj Mahal” Negeri Sembilan yang Memukau Mata dan Jiwa

by on August 14, 2025


Masjid Sri Sendayan | Selepas selesai makan tengah hari, kitaorang duduk sekejap dekat pondok tu sambil menunggu syida suggest next place untuk kitaorang pergi. Task kali ini setiap seorang kena suggest satu tempat untuk kita pergi. Kebetulan dah masuk solat zohor, kitaorang sepakat pergi Masjid Sri Sendayan untuk solat dekat sana. Dari tempat makan tu lebih kurang 35 minit.

Kalau sebut “Masjid Sri Sendayan”, ramai akan terbayang gambar kubah putih megah yang sering lalu di media sosial. Terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah – ia juga simbol seni bina Islam yang mengagumkan, dengan suasana tenang yang memanggil hati untuk singgah.

Kitaorang first time sampai masjid ni. Dari jalan raya pun masjid ni nampak sangat cantik dan menarik kita untuk masuk dalam. Untuk tempat solat wanita kena naik lif setingkat ataupun ada je tangga kalau nak naik. Ruang solat yang sangat besar cuma masa nieyl pergi ni agak panas sebab tak on aircond.

Masjid Sri Sendayan siap dibina pada tahun 2019 hasil sumbangan penuh seorang dermawan, Tan Sri Abd Rashid Hussain. Masjid ini dibina sebagai hadiah untuk masyarakat, menggantikan sebuah tapak masjid lama yang berpindah demi pembangunan kawasan.

Lepas solat,sementara tunggu syida solat, nieyl dengan afika pusing-pusing keling masjid. Nieyl suka tengok seni bina dan keunikan ukiran dia terasa macam kita di Turki macam tu. Difahamkan masjid ni boleh memuatkan lebih 5000 orang dalam satu masa. Serius besarkan. 

Masjid Sri Sendayan ni  bukan sekadar mercu tanda baharu Negeri Sembilan, ia bukan sahaja orang datang untuk beribadah malah menjadi tempat orang ramai berkunjung melihat keindahan dan keunikan masjid ini. 

Siapa yang kebetulan ke Negeri Sembilan tu, bolehlah singgah masjid ni ..sangat mendamaikan.

Aunty Aini's Garden Cafe, Nilai

by on August 14, 2025

 
Aunty Aini's Garden Cafe | Siapa ingat nieyl share yang weekend nieyl nak outing dengan afika dan syida?Weekend baru ni lah outing nya kalau ikutkan nak bincang-bincang pasal nak pergi Terengganu next month lah. Dan kebetulan pula dah lama tak berkumpul bertiga. Afika gerak dari Batu Hadap dalam pukul8.30 pagi sampai Cyberjaya dalam pukul11.00 pagi. Nieyl dengan syida pergi pick up Afika dekat rumah kakak dia.

Oh sebelum tu biasalah, kalau outing ni wajib ada tema warna ya hehehe. Kali ni nieyl pilih warna biru. Jadi seperti biasa semua mengikut tema ya yang paling kelakarnya bila afika masuk je dalam kereta masing-masing dah tergelak besar dah sebab baju dan corak afika dengan nieyl sama ahahaha. 

Tengah hari tu, kitaorang bertiga tiada hala tuju yang sebenar lagi ya. Cuma yang kita orang tahu nak pergi outing area Nilai , Seremban macam tu. Bila bertiga dah duduk satu kereta, baru kita gerak menuju ke destinasi pertama iaitu cari tempat makan. Masa tu nak masuk lunch time dah, masing-masing dah lapar. 

Untuk kali ini kita pilih untuk lunch dekat Aunty Aini's Garden Cafe Nilai Negeri Sembilan. Ini kali pertama nieyl menjejakkan kaki di sini. Actually kedai makan ni betul-betul tepi jalan so, jalan drive laju memang akan terlepas pandang. Walaupun tepi jalan korang jangan risau tentang parking sebab tempat parking memang ada disediakan dan ada RELA yang jaga. 

Masuk je pintu cafe ni rasa macam wow!sungguh kehijauan dalam tu memang redup dipayung oleh pokok-pokok yang besar dan cantik ya keliling dia. Love sangat. 

Ni gambar teaser IG story nieyl hari tu..

Tadahh...afika here!Masa sampai tu kan, korang kena tulis nama dan berapa orang dalam buku yang disediakan. Kemudian, disediakan tempat duduk untuk menunggu. So far, hari tu tak adalah lama sangat menunggu dalam 10 minit macam tu je. Sambil menunggu tu, bolehlah snap-snap gambar dulu..

Tak sangka pula kitaorang dapat seat pondok dan duduk bersila. Teruja pula rasanya, makan dalam pondok. Korang jangan risau setiap pondok disediakan kipas atas. Dan takkan panas ok..

Ini antara lauk pauk yang kitaorang order. Actually kitaorang bertiga ni kalau keluar memang suka kongsi makanan macam ni. Nieyl order nasi 3 , telur dadar, kerabu pucuk paku, ulam sambal belacan, ikan patin tempoyak , daging salai masak lemak dan 1 jug air sirap, total dalam RM80.40 

Siapa nak try makan suasana kampung, duduk bersila bolehlah makan di sini. Makanan dia pun sedap , terutamanya kerabu pucuk paku dan lemak daging salai. Banyak lagi makanan yang sedap-sedap tau. oh ya lupa, nieyl baru tahu rupanya cafe garden ni mak kepada pelakon zarina anjoulie atau anju.. Itupun syida google hihihi..


Aunty Aini's Garden Cafe
Batu 16, Kampung Chelet,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Smile :)

by on August 14, 2025


Assalamualaikum...
Selamat pagi..
Khamis dah hari ini kan..
Dalam plan nieyl macam-macam nak buat weekend ni..

Salah satu, weekend ni nieyl dah start make over bilik tidur nieyl..
nak mulakan dengan cat dulu..
cuma sabtu ahad ni nieyl kena keluarkan semua barang-barang dalam bilik ke ruang tamu..
Nasib baik mak nieyl tak ada dekat rumah kalau tak..
susah juga nieyl nak buat kerja sebab habuk kan..
lepas tu mak nieyl ni dia tak suka rumah bersepah..
nanti dia akan push untuk cepat-cepat clearkan..
tapi macam kita ni slow and steady buat kerja tak suka rushing kan..
hihihi..


Ok itu je nak share pagi ni..
Happy working semua...

 

13 August, 2025

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

by on August 13, 2025

Ayam Sambal Tempoyak Petai | Itulah nieyl ya mudah tergoda dengan yang lalu fyp tiktok. Bukan kata barangan je dia tergoda, makanan pun dia tergoda. Makanan kalau tergoda tu maknanya kena buat, kena masak untuk hilangkan perasaan tergoda tu. Rasanya kalau korang yang ada TikTok ni mesti ada nampak kan orang share ayam sambal tempoyak petai ni. Yang ni nieyl buat sendiri untuk makan berdua dengan husband.

Bahan-bahan
  • Ayam ( digoreng dengan garam dan kunyit )
  • Cili Api
  • Serai
  • Kunyit
  • Bawang besar
  • Air
  • Tempoyak
  • Petai
  • Gula
  • Garam
  • Asam keping

Cara Memasak
  1. Goreng ayam terlebih dahulu
  2. Minyak ayam tu tumis bahan yang dikisar ( Bawang+ Serai+Cili api+ Kunyit+ air)
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan 2 sudu tempoyak kalau lebih lagi sedap
  4. Masukkan asam keping secukupnya, kacau, masukkan gula, garam secukup rasa
  5. Masukkan ayam gaul dan last sekali masukkan petai, gaul-gaul..
  6.  Dah siap!

* kalau makan dengan nasi panas, telur goreng cair..perghhhh!rosak diet..


Selamat Mencuba

Good Morning

by on August 13, 2025


Assalamualaikum..
Selamat pagi rabu...
Sorry korang semalam nieyl tak dapat nak update apa-apa..
sebab pc buat hal, blog tak boleh buka..
Nasib baik hari ni dah ok..
kalau tak, adoi muram seminggu sis..

hihihi...
Happy working semua..

 

11 August, 2025

Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet

by on August 11, 2025

 

Elakkan 5 Jenis Buah Ini Ketika Diet | Ramai yang fikir, bila sebut pasal diet, semua buah adalah “selamat” dimakan tanpa had. Hakikatnya, walaupun buah mengandungi vitamin, serat, dan antioksidan, ada juga buah yang tinggi gula dan kalori. Kalau dimakan berlebihan, ia boleh menggagalkan usaha menurunkan berat badan.

Jadi, jom kita tengok 5 jenis buah yang sebaiknya dihadkan ketika sedang berdiet.

1. Pisang


Pisang memang mengenyangkan, tapi ia mengandungi kira-kira 105 kalori dan 27g karbohidrat untuk satu biji bersaiz sederhana. Bagi mereka yang diet rendah karbohidrat, pisang boleh membuatkan jumlah karbo harian naik mendadak.

Alternatif: Pilih epal hijau atau beri yang rendah kalori tetapi tetap mengenyangkan.


2. Mangga

Manis, berjus, dan sedap — tapi sebiji mangga besar boleh mengandungi sehingga 45g gula semula jadi. Gula yang tinggi ini mudah menyebabkan lonjakan gula dalam darah. Ini untuk mangga yang betul-betul masak kita makan tu, kandungan gula dia tinggi ya..hati-hati tau..

Alternatif: Betik atau jambu batu lebih sesuai kerana kandungan gulanya lebih rendah.


3. Anggur


Walaupun kecil, anggur tinggi gula — kira-kira 23g gula untuk 1 cawan. Makan sedikit mungkin tak mengapa, tapi kalau makan sambil menonton TV, sedar-sedar satu bekas habis.

Alternatif: Buah beri seperti strawberi atau bluberi lebih mesra diet.



4.Durian


Raja buah ini memang sedap, tapi tinggi kalori — sekitar 150 kalori setiap 100g. Kandungan lemaknya juga agak tinggi, jadi kalau tak kawal, cepat sahaja berat badan naik.

Alternatif: Cempedak atau nangka boleh diambil sekali-sekala, tapi tetap dalam kuantiti terkawal.


5. Tembikai

Nampak segar dan penuh air, tapi tembikai mempunyai indeks glisemik tinggi yang membuatkan gula darah cepat naik. Bagi yang ada masalah gula darah, ini bukan pilihan terbaik jika diambil berlebihan. 

Alternatif: Timun Jepun atau betik masak sederhana lebih sesuai untuk rasa segar.


Bukan bermaksud kita perlu berhenti terus makan buah-buahan ini, cuma kawal kuantiti dan kekerapan. Diet yang berjaya adalah tentang keseimbangan, bukan sekadar mengelak makanan.

 Mulai hari ini, jom cuba lebih peka dengan pilihan buah dalam menu harian. Sedikit kawalan boleh bawa perubahan besar pada hasil diet kita.

Good Morning

by on August 11, 2025


Assalamualaikum...
Salam Isnin...
Ada yang monday blues ke pagi ni..

Aduhai..nieyl baru boleh guna PC ni ha..
dari pagi asyik update-update..
ini baru selesai...dia pun monday blues hahaha..

happy working semua

 

08 August, 2025

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

by on August 08, 2025

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka | Pernah tak korang rasa buntu, tiba-tiba datang peluang atau bantuan yang langsung tak dijangka? Itulah yang kita panggil rezeki. Ia bukan hanya tentang duit, tapi juga kesihatan, masa, kawan baik, ataupun peluang. 

Kadang-kadang rezeki tu hadir dalam bentuk orang yang datang memberi nasihat tepat ketika kita hilang arah tuju. Ha..itupun rezeki tau korang. 

Kalau nieyl nak relate dengan kehidupan peribadi nieyl dengan rezeki ni, banyak.. contoh nieyl tidak berjaya dalam interview kerja baru, tapi Allah dah beri nieyl tempat kerja yang baik, bos-bos sayang, dikelilingi orang yang baik-baik, rumah dekat dengan pejabat, ada masa untuk jaga mak ayah.. Semua itu rezeki, sebab itu nieyl bersyukur sangat dan tidak terlalu kecewa atas kegagalan tempoh hari..

Rezeki ni dia macam magnet. Bila hati tenang, banyak memberi, dan tidak berkira, ia akan tertarik datang tanpa kita sedar. Sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa bersedekah dalam pelbagai bentuk sedekah. 

Mulai hari ini, cuba lihat sekeliling. Mungkin rezeki kita semua sudah hadir, cuma ia tak datang dalam bentuk yang kita sangkakan..

Bihun Goreng Kampung

by on August 08, 2025

Bihun Goreng Kampung | Terima kasih sebab yang beri kata-kata semangat pada nieyl. Jangan risau nieyl dah berjanji pada diri nieyl, kena sentiasa positif dan bersyukur dengan apa yang Allah dah berikan sekarang. Akhirnya plan nak masak bihun goreng semalam tergendala sebab lewat bangun pagi hahaha.. Pagi ni nieyl bangun seperti yang diharapkan, nieyl sempat masak breakfast bihun goreng kampung.

Kalau Bihun goreng kampung ni, simple je ikan bilis, telur, bawang merah, bawang putih , cili kering. settel..Kalau tak ada ikan bilis, guna udang kering pun sedap juga. Lepas tu nak letak sayur apa-apa pun boleh. Macam nieyl , letak daun sup je..Alhamdulillah kenyang pagi ni...

 

Salam Jumaat

by on August 08, 2025

Assalamualaikum..
Salam jumaat..

Hari tu nieyl ada share kan..
yang nieyl pergi interview PA di UPM..
Result dah keluar dah..


Mungkin tak ada rezeki nieyl lagi..
nieyl redha dan terima dengan hati yang terbuka..
InsyaÁllah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk nieyl..
Nanti nieyl cuba lagiii...

Terima kasih semua selalu support nieyl..
walaupun tak pernah bertentang 4 mata..
tapi kata-kata semangat korang tulis di komen..
sangat bermakna untuk nieyl..
Terima kasihh♥

07 August, 2025

Dari Thailand

by on August 07, 2025

 


Semalam petang..
Pegawai nieyl datang bilik..
Dia bagi ole-ole dari Hatyai..
Dia pergi bercuti last week..

Alhamdulillah..
Rezeki..


Happy When Thinking About Them

by on August 07, 2025

Happy When Thinking About Them | Bila flashback kan, tak sangka dari berkawan di office boleh menjadikan kiteorang bertiga ni bersahabat baik , sekepala walaupun berbeza umur. Masa sama-sama satu bahagian dulu, setiap kali ada evet bahagian memang kiteorang bertiga sama-sama terlibat mungkin itu yang membuatkan kiteorang ni makin rapat.

Bermula dengan planning berjalan-jalan di Melaka , kemudian percutian di Johor , kemudian spend time bersama di Putrajaya dan seterusnya bakal bercuti bersama di Terengganu bulan depan. 

Kebetulan ketiga-tiganya memang kaki travel cumanya antara bertiga ni yang paling kuat travel si baju hijau tu hahaha..Afika.. bulan lepas dia naik motor pergi masuk Singapore dengan kawan dia. Tahu-tahu update dah sampai sana..

Yang kedua suka travel si baju biru tu.. Syida..diam-diam bulan ni nak pergi Kundasang Sabah dengan family.. Syida ni kita no.2 tua lah ikut umur, dia seorang yang sangat susah bersembang dengan orang ya. Biasanya kalau kita ajak sembang barulah dengan suara emas dia hahaha..tapi bila kami bertiga, dia paling suka gelak bila dengar lawak afika.

Afika ni duduk jauh dari nieyl dan syida. Dia dah balik ke Batu Pahat duduk dengan parents dia , lepas tu dia bekerja sambil sambung master dia. Sekarang ni tengah break, baru settel exam. Dah lama kiteorang tak berjumpa last rasanya masa kiteorang spend time sama-sama dekat Putrajaya hujung tahun lepas.


Hari sabtu ni kami bertiga bakal berjumpa yeay!kebetulan Afika datang rumah kakak dia minggu ni , so kami curi-curi sikit masa untuk berjumpa dan nak berbincang itinerary percutian kiteorang bulan depan. Esok lunch nieyl dengan syida nak lari kejap pergi IOI nak beli something untuk adik kiteorang ni. Yang itu next week nieyl share okay...