Showing posts with label Online Shopping. Show all posts
Showing posts with label Online Shopping. Show all posts

25 August, 2025

Rasa Macam Dirasuk Hantu

by on August 25, 2025

 

Rasa Macam Dirasuk Hantu | Ada satu hari tu tau, nieyl balik kerja memang betul-betul penat. Sampai rumah terus bersihkan make up, mandi dan terus baring atas katil dengan harapan nak rest sekejap. Tahu tak apa jadi lepas tu?nieyl tertidur, sedar-sedar dah lewat petang nasib baik tak terlajak maghrib.. Itulah suka tidur lepas asar kan. 

Lepas tu, bukan boleh bangun terus kang pening jatuh pula kan. So, baring-baring sambil tengok live Tiktok..masih mamai ketika itu ya. Buka pula live jual barang-barang elektrik. Sudahnya korang tahu apa jadi?tahu-tahu je nieyl beli 2 barang ni ....
Satu nieyl beli Airfire 4 liter punya. Harga asal dia RM126.88 , masa tengah live nieyl tengok tu dia bagi 50% jadi Rm69.33 sahaja. Nieyl tekan je korang..

Lepas tu, nieyl beli lagi Vakum, harga asal dia RM72.90 masa live dapat RM57.50.  Korang bayangkan nieyl memang macam tak sedar main bayar je.. bila dah sedar sepenuhnya tu nieyl macam check balik lepas tu nieyl gelak..Mati lah nakkk...kalau laki tahu niiiii.... hahaha ha baru nak menyesal, dah lambat..

Masa barang-barang ni sampai, siap sorok dulu dekat rumah kakak, line clear baru nieyl bawa balik letak dalam bilik sebelah, sekali tu husband nieyl tanya airfire siapa dalam bilik tu hahahaha..sis mampu senyum je...

13 March, 2017

Shopback Ini Pilihan Saya

by on March 13, 2017
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Pada 22 Februari merupakan ulangtahun Shopback Malaysia yang ke-2. Jadi, kebetulan bulan Mac adalah bulan birthday nieyl. jadi nak rebut peluang untuk menang hadiah birthday. Manalah tahu kalau ada rezeki kan. So, nieyl akan share 6 item yang menjadi wishlist nieyl untuk tahun ini.

wishlist #1 - Xiaomi Redmi Note 4


Ini menjadi pilihan pertama nieyl sebab nieyl memang nak beli handphone baru sebab handphone lama dah kurang memberi kerjasama. Total harga ialah RM799, kalau menggunakan shopback, nieyl akan dapat 1.5% cashback daripada ShopBack tau iaitu sebanyak RM11.98 daripada harga RM799. Menarik kan? Lazada

Wishlist #2 - GoPro HERO


Pilihan kedua nieyl adalah GoPRO HERO yang menjadi kegilaan mereka yang suka selfie dan travel. Harga ialah RM1429, jika beli di Shopback nieyl akan dapat cashback sebanyak 1.5% iaitu RM21.43

Wishlist #3 -  Zoeva Vegan Prime Set Brush


Dah lama nak ada set brush yang original untuk kelengkapan alat make up personal. Set ini berharga RM436, jika beli di shopback nieyl bukan sahaja dapat barang yang berkualiti tapi dapat juga cashback sebanyak RM 8.72 . 

Wishlist #4 - Rose Gold MK

Pilihan ke4 nieyl adalah jam tangan jenama MK yang sangat cantik dan glam. Harga jam tangan itu ialah RM1299. Jika beli di Shopback, nieyl akan dapat cashback sebanyak RM116.91 wow!banyaknya..

Wishlist #5 - Kizzy Convertible Flap Crossbody Bag Guess


Sangat sweek warna handbag ni kan..love sangat, harga di Zalora ialah RM395,jika beli di shopback nieyl akan dapat juga cashback sebanyak RM35.55 

Wishlist #6- 


Pilihan ke-6 nieyl adalah saral wedges dari Guess dengan harga RM170 di Zalora dan jika beli di Shopback nieyl akan dapat cashback sebanyak RM15.30 ..

Ok, itu adalah 6 item yang berada di wishlist nieyl untuk hadiah birthday nieyl,hopefully dapatlah salah satu daripadanya ya shopback.

ShopBack itu apa?
Mesti korang tertanya-tanya apa shopback tu kan? Shopback merupakan sebuah laman sesawang yang menawarkan perbelanjaan atas talian atau online shopping. Ha,yang mana kaki online shopping seperti nieyl ni korang memang digalakkan untuk join nieyl shopping guna shopback ini. Korang mesti teruja tau.

Shopping sambil dapat duit
Selalunya kalau kita shopping, kita akan keluarkan duit untuk beli barang yang kita suka kan?tapi dengan shopback ini, korang bukan sahaja kena keluarkan duit untuk shopping malah shopback akan beri korang CASHBACK tau..betul..tak tipu....siapa yang nak bagi cashback kalau kita beli barang..Hanya ada di SHOPBACK sahaja.

Ada banyak stores yang popular di Shopback untuk korang shopping dan dapatkan cashback yang banyak. Jadi, korang adalah pengguna yang bijak kalau korang membeli di Shopback.


Jangan risau, cash out korang punya cashback boleh di tranfer terus ke lebih dari 10 bank yang terpilih..

Jom daftar segera di SINI  dan shopping online di Shopback korang mesti suka! Jom jagi pengguna yang bijak..


Facebook : ShopBack
Twitter : ShopBack
Instagram : ShopBack
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png