Bila Nieyl Shopping Online | Manusia yang susah untuk shopping selalu adalah nieyl. Sebab ntahlah pada nieyl kalau nak shopping ni dia kena ada mood. Kebiasaanya nieyl akan habiskan duit ke makan. Ha..kalau tengok nieyl selalu share makan sana makan sini tu, ha..time tu la kepuasan berbelanja nieyl hahaha.
Disebebkan nieyl ni dah lama sangat tak shopping online kan, minggu ni nieyl shopping online macam esok dah tak boleh nak shopping. hahaha.. masanya dia jadi nampak banyak sebab boleh pula dia sampai semuanya serentak. Adoi husband dah jeling maut dah tu hahaha.
Barang-barang yang nieyl beli ni dari Shopee dan TikTok. Sebab Tiktok ni asyik bagi free shipping je rugi pula rasanya tak beli hahaha..pantang benda FREE kan..
Jom tengok apa yang nieyl shopping tu...
Baju tidur yang sangat selesa, kain dia jenis sejuk kalau orang yang tinggi mungkin labih dia labur bawah lutut, sebab nieyl jenis rendah jadi labur dia tu sampai buku lali. Yang ni nieyl beli dekat TikToK harga dia sehelai RM13.90. Nieyl beli dekat SINI
Seluar untuk pakai dekat rumah asalnya, jenis tak perlu nak iron. Jenis kain lembut dan sejuk. Yang ini pun nieyl beli dekat TikTok hahaha.. nieyl beli sekali 3 helai sebab harga sehelai RM7.90 sahaja. Dan kalau korang nak beli juga boleh beli SINI
Jus Kunyit nieyl dah sampai yang nieyl bagitahu semalam tu. Alhamdulillah boleh sambung consume. Yang ini kalau ada yang nak beli boleh beli SINI Sebotol RM18.00
Last item yang nieyl beli dari TikTok adalah Lip Treatment. Yang ni viral dekat Mira View Chin. Sebab sekarang ni nieyl tak boleh nak pakai lipstik sebab bibir cepat kering, jadi nieyl tengoklah review dia kata dia boleh repair masalah lip kita dan boleh pink kan lip kita macam pakai lipstik. Sebab itu jugalah nieyl beli tau. So, nieyl dah try pakai dah..memang nampak macam pakai lipstik tapi tak pakai pun dia ikut warna darah kita dan bila kita minum ke makan ke bibir kita still pink..Itu yang kita mahuu kan.. So, yang ini nieyl beli dekat SINI Rm29.00
Ingat tak nieyl pernah cakap yang nieyl sakit tumit awal bulan 7 hari tu?Siapa yang follow blog nieyl hari-hari mesti dia ingat pasal ni. Sakit tumit yang memang sakit sampai nak berjalan pun susah. One day kawan nieyl yang pernah kena sama macam nieyl sampaikan dia kena pergi hospital buat fisio masalah tumit tu. Dia suggest dekat nieyl, kasut yang tapak dia lembut untuk bagi rasa tumit rasa selesa dan nieyl pun beli lah..selama pakai 2 bulan, Alhamdulillah sakit tumit nieyl makin hari makin sembuh dan jalan pun dah tak ada masalah sampaikan nieyl boleh join Fun Run seperti biasa.
So, kasut yang nieyl beli tu tapak dia dah terbelah yela kasut jenis getah macam ni memang tak boleh tahan lama pun tapi disebabkan keselesaan tu walaupun harga dia murah. Nieyl beli lagi untuk kali ke-2 insyaÁllah akan beli dan beli kot sebab memang selesa. Harga sepasang kasut ni adalah RM13.50 dan nieyl beli di Shopee SINI
Barang yang kedua yang nieyl beli dekat Shopee adalah rak kasut. Memang dah lama nieyl nak beli rak kasut untuk letak dekat opis ni sebab biasalah bila bekerja macam-macam kasut ada. hehehe.. Murah je nieyl beli RM9.94 , beli SINI
Last sekali lapik Bathroom anti Slip. Nieyl memang dah lama nak beli lapik ni nak letak dekat tempat bilik air nieyl tu kadang-kadang licin dan satu lagi sebab dia serap air tak adalah basah-basah kaki kita keluarkan. Harga dia RM9.96 beli dekat SINI
Lepas ni kena puasa shopping online dah ni..hehehe..yeke puasa?diri sendiri pun tak yakin masalahnya ni hahahaha...
Alaaa... Tak pasti dah tersend ke belum komen tadi.. Hahaha...
ReplyDeleteBaju tido tu mcm berkekan pulak.. Nanti nak tengok2 jugak lah
Wow banyak shopping tu Nieyl. Semua ni berguna tu. Tak rugi shopping. Hehe.
ReplyDeleteWahhhh..Betul2 10.10 nih =D
ReplyDeleteuish...ni betul2 shopping ni.. ha ha ha...
ReplyDeleteYg lip treatment menarik lah kak. Nak coba kalo ada di sini juga. Tp rasanya tak ada. Saya pun agak susah untuk pakai lipstik. Yg matte dah pasti saya tak bisa. JD harus lipstik yg dewy atau lipbalm yg berwarna
ReplyDeleteShopping itu satu keseronokan...hanya mereka yang leibat sahaja tahu bagaimana rasanya
ReplyDeleteSekali sekala self rewards dengan menyopping online .. ok laa tu barang-barang pun murah .. ada bajet bulanan lebih boleh beli kan .
ReplyDeleteComel baju tu
ReplyDelete