Back To My Syurga | Ahad (semalam) pagi-pagi lepas subuh nieyl siap-siap untuk ke Fun Run dalam 6.30 pagi tu dah gerak. Ahad husband nieyl memang cuti jadi, ahad tu dia extra tidurlah sebab isteri pun tak ada kan. Pagi memang nieyl tak buat breakfast sebab husband nieyl bukan jenis yang breakfast dan makan pagi so, extra pointlah dekat nieyl untuk tak memasak di awal pagi.
Balik rumah semalam, niey terus sidai kain dekat ampaian luar sebab sebelum pergi Fun Run tu nieyl dah masukkan kain dalam mesin dan cuci, sementara nieyl pergi Fun Run tu kain semua dah siap untuk di sidai. Selepas selesai , terus nieyl masuk dapur untuk masak secepat yang mungkin sebab lepas zohor husband nieyl nak pergi Mesyuarat.
Kurang dari 1 jam, nieyl siap masak 2 jenis lauk yang simple dan siap masak nasi, terus kita makan sama-masa. Dan nieyl berkemas dapur, rumah, nieyl mandi dan rehat sementara husband nieyl pergi mesyuarat.
Siapa kata jadi orang perempuan ni senang kan?Kalau boleh kita nak siapkan semua kerja dulu baru boleh kita berehat tanpa gangguan. Nieyl orangnya macam tu biar penat sekali , lepas tu time rest jangan nak suruh-suruh buat , memang akan jadi raksasa jadian hahaha..
As wife ni kita kenalah tahu manage masa. Nieyl memang bersyukur sangat , Allah beri rezeki suami yang tak pernah nak larang apa yang nieyl suka buat. Bila dia dah bagi kita Me Time tu lepas tu pandai-pandai kitalah nak balas balik kan. Itulah kehidupan nieyl sebagai isteri.
#kainmengunungbelumlipatlagi
sedap walaupun simple2 menu nya tu.. yum yum
ReplyDeleteTula.. Tapi, sampai masa.. Malas jugak.. Hahaha...
ReplyDeleteLepas ni akak kena rajin la buatkan bekal untuk 2 orang..so kena pandai tukar2 menu..semoga mood rajin ni berpanjangan...
ReplyDeleteTakde cuti erk jadi suri rumah ni
ReplyDelete