10 June, 2024

Breakfast di D'Pangkin Nilai

Breakfast di D'Pangkin Nilai | Sepanjang tidak bekerja hari tu nieyl memang tak nak stresskan hidup, jadi memang akan keluar dengan kawan-kawan untuk jalan-jalan cari makan. seminggu sebelum lapor diri , nieyl keluar breakfast dengan syida dekat Nilai..Dah lama video kedai ni lalu lalang dekat TikTok nieyl, saja je la nak pergi try makan situ.

First yang menarik minat nieyl nak cuba tu sebab dia punya konsep dan juga suasana ala kampung yang diwujudkan. Plannya nak gerak awal, tapi biasalah bila hari cuti badan nak kemalasan lama sikit atas katil tu, jadinya nieyl gerak dengan syida dalam pukul8 pagi. Kitaorang sampai kedai tu dalam sebelum pukul9. Masa sampai tu ada barisan panjang untuk tunggu turn tapi tak lama pun kena beratur tu sebabnya orang-orang dekat sana jenis habis makan dan balik. 

Masa ni nieyl tengah beratur , sambil-sambil tu boleh cuci mata melihat keindahan pokok-pokok bunga yang ditanam di sekeliling kedai. Masa beratur tu,akan ada pelayan yang akan bagi buku menu dan kertas untuk kita pilih menu yang kita nak makan terlebih dahulu, bila dah sampai turn kita nanti dieorang akan bagitahu no.meja kita. Lepas dah dapat meja tu, korang dah boleh beratur untuk buat payment dikaunter, semasa dikaunter,akan ada meja kuih muih yang korang boleh ambil siap-siap sebelum buat pembayaran.

Inilah seksyen kuih muih dekat sini. Ada macam-macam jenis kuih yang boleh dibeli, macam nieyl hari tu tak ambil banyak pun popia 2 dan kuih mona manis 1. Sebab dah order makanan yang berat-berat.

Selepas kita dah buat pembayaran dikaunter, kita duduk semula di meja kita tu. Ala, tak lama pun kalau kita sembang-sembang tu dalam 5 minit macam tu satu-satu makanan kita dieorang hantar. So, macam nieyl hari tu order soto 1, lontong darat 1, roti jala 1 set dan lempeng kelapa 1 set untuk makan 2 orang. Total makanan untuk dua orang ni dalam rm60++ cmtulah termasuk air. Banyak-banyak makanan yang nieyl try paling suka lempeng kelapa dia dan kuih popia. Soto dia tu ok je cuma untuk nieyl tak suka kalau dia letak suun terlalu banyak,sebab bila suun banyak dan dah kembang jadi tekak pun ikut kembang juga hehehe. 

Kalau korang yang berhampiran nak pergi makan dekat situ, bolehlah nanti nieyl share alamat dia dekat bawah okay. 


Lot 1564, Kampung Bukit Kadir,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi 
Isnin- 7-12 pm
Khamis-Ahad 7-12pm
Tutup pada hari isnin dan selasa
 

7 comments:

  1. Nampak menarik...kena masuk wishlist jugak ni..tapi tu la sarapan je plak kan

    ReplyDelete
  2. Macam menarik.. Nilai okla tak la jauh sanagat..

    ReplyDelete
  3. waahhhhhh menariklah Nieyl! bookmark dulu hehehe

    ReplyDelete
  4. Wah...nice. pernah lalu rasanya tapi ramai sgt org

    ReplyDelete
  5. Suka tengok kuih-muih di situ. Sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  6. Wow banyak kuih muih tradisional. Nampak menyelerakan! Dah dekat ni boleh masukkan dalam wish list ^^

    ReplyDelete
  7. Beratur oanjang ni sudah semestinya menu-menu kat sini menepatk citarasa pelanggan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)