11 June, 2024

Belajar lain, kerja lain..

Belajar lain, kerja lain | Semalam masa jalan-jalan blog kak ayu , tertarik dengan perkongsian kak ayu tentang belajar lain, kerja lain ni. So, nieyl pun nak share sikit pengalaman nieyl juga. Masa nieyl SPM dulu nieyl ambil jurusan sastera masa tu subjek elaktif dia Kesusasteraan Melayu, Perdagangan, Teknologi Maklumat. Kiranya tahun 2005 tu subjek terbaru adalah IT. SPM nieyl ambil 10 subjek, subjek tambahan nieyl tassawur islam.  

Lepas habis SPM tu, nieyl sambung ambil STPM pula. Dalam 5 ahli geng nieyl hanya nieyl sorang je yang ambil STPM masa tu, kawan-kawan yang lain ada yang masuk IKBN dan Universiti swasta. Tapi tak apalah, kena pakai pakaian seragam sekolah 1 tahun setengah lagi. STPM nieyl ambil aliran Perniagaan, masa tu subjek yang nieyl ambil Pengajian AM, Bahasa Melayu, Sejarah dan Perniagaan. 

Lepas STPM, nieyl dapat kerja sebagai Kerani dekat sektor awam lantikan kontrak masa tu asalnya hanya 1 tahun 6 bulan, tak sangka pula lepas tu sambung-sambung sampai 10 tahun hahaha. Dalam masa 10 tahun tu dekat 1 agensi je tau, nieyl jadi kerani dan juga Setiausaha Pejabat (PA). 

Kemudian, nieyl bertukar agensi lain sebab follow boss naik pangkat, jadi PA dan kemudian jadi Kerani selama 3 tahun. Lepas tu hujung 2023 tu tamat kontrak, tak disambung sebab masa tu ada perubahan agensi. Awal bulan 6 baru ni, nieyl dilantik kembali sebagai Setiausaha Pejabat dan kembali berkhidmat. 

Sambil-sambil bekerja tu, nieyl buatlah bissness kecil-kecilan sebab masa STPM tu ada sedikit ilmu yang boleh diapply dalam masa sekarang ni kan. Kita jangan sia-siakan. Tapi sekarang kalau tanya nieyl bidang yang nieyl suka, nieyl suka pengurusan dan pentadbiran. 

Ok, sekian cerita nieyl hehehe..dulu korang belajar apa?share la....
 

6 comments:

  1. sama mcm liez, balajar Architecture tapi end up kerja travel agency

    ReplyDelete
  2. wah...rezeki kan, lepas habis STPM terus bekerja...
    tapi, tak lari banyak kot bidang yang nieyl amik...hihihi

    ReplyDelete
  3. SPM - Sains Tulen
    STPM - Ekonomi
    Degree - Psikologi Kanak-Kanak
    Kerja - Housewife & Fulltime Blogger

    Hehehe... Bekerja tak sama dgn belajar.. Tetapi ilmu yg dipelajari sepanjang di sekolah berguna semuanya dalam kehidupan.. Kalau ada yg rasa tak berguna rasanya sia-sia saja belajar tetapi tak faham ilmu tu..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah...banyak pengalaman jugaks nie....

    ReplyDelete
  5. spm blaja sains tulen + lukisan kejuruteraan.. sambung diploma kos civil eng.. tapi kerja pembantu makmal.. memang jauh lari bidang.. haha.. alhamdulillah bersyukur dengan kerja skrg..

    ReplyDelete
  6. CCL belajar sampai STPM jer ..leaps tu terus dapat rezeki bekerja .. walaupun dlm bidang swasta. Alhamdulillah syukur .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)