04 September, 2020

Penceroboh telah dikenal pasti

Penceroboh telah dikenal pasti | Semalaman berfikir siapalah yang nakal sangat petik semua daun-daun pokok di taman nieyl. Kata mak nieyl pagi masa siram pokok elok sahaja ada daun bila petang tengok segala daun dekat pokok botak. Puas jugalah cari serpihan-serpihan daun yalah kalau budak - budak yang petik, mesti akan tinggal dekat bawah-bawah lantai tapi ini sangat clean cuma ada biji-biji hitam je.


Pokok ini asalnya banyak daun dia warna pink dan hijau daun keladi. Nama spesifik pokok ni nieyl tak tahu sangat. Cuba korang tengok apa dah jadi dengan daun-daun tu.


Biji-biji warna hitam tu cuba korang tengok dalam gambar atas. Lepas tu setiap tangkai kosong daun nya semua ditogelkan. aduhai.. Sakit betul hati ini, yela dah tanam elok-elok dalam pasu tiba-tiba jadi macam ni..aduh..

Pagi-pagi sebelum nieyl nak pergi kerja, mak nieyl panggil-pangil suruh datang tengok dekat luar. Dia kata dia dah dapat tangkap dah penceroboh yang rosakkan pokok.. Korang nak tahu tak siapa??


Inilah dia penceroboh yang pandai menyorokkan diri. Kerana dia inilah 2 pasu pokok habis ditogelkan hanya tinggal tangkai je. Actually, bukan seekor ya kawan-kawan dia bawa geng 3 ekor..Aduhai.. Patutlah tak dapat jumpa dia, dia menyorokkan diri di bawah daun, dah lah warnanya sama dengan daun mana lah nak nampak..bijak betul!


 

7 comments:

  1. Kena hapuskan si penceroboh tidak diundang ni

    ReplyDelete
  2. Allahu tapi kiut pulak tengok penceroboh tu 😅

    ReplyDelete
  3. comelnya penceroboh tu. dulu suka cari dekat kawasan daun2. sebab kalau sentuh lembut2 je. mata tu ha macam kena lukis jer

    ReplyDelete
  4. Ewww....geli.... memang geli betul dengan ulat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)