12 September, 2020

Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan

Bawang Merah Menjadi Bahan Penting Dalam Masakan | Bawang merah semestinya menjadi salah satu bahan masakan yang wajib ada di dapur setiap rumah betul tak? ke ada yang tak ada bawang merah dekat dapur dia..Kalau orang yang rajin memasak semestinya bawang merah bahan yang wajib ada tapi kalau yang jarang-jarang masak pun setidak-tidaknya pasti ada selabu bawang merah dekat dapur tu. Kalau tak ada tu, mungkin rumah orang bujang-bujang kot kan.


Rumah nieyl terutamanya memang banyak menggunkan bawang merah terutamanya dalam masakan. Ha..kalau beli bawang merah tu dah serupa macam mat bangla beli bawang weh..hahaha.. Mak nieyl selalu pesan kalau kita nak memasak jangan kedekut bawang merah sebab bawang merah ini lah penyedap rasa masakan kita tu. 

Bawang merah sebelum inikan harga agak mahal jugalah sebenarnya kan. So, bulan lepas kalau tak silap nieyl kebetulan ke Aeon Big, tengok harga bawang merah RM1/kg weh,.. apa lagi terus beli 3 plastik untuk 1 month punya, rasanya total 3 plastik tu baru rm5 so, oklah boleh la jimat sikit perbelanjaan tu. 

Kalau tak ada sale pun, kebiasaannya memang nieyl akan beli 1 bundle bawang merah. Disebabkan nieyl dan mak nieyl memang rajin memasak dirumah jadi, mak nieyl akan kupas buang kulit bawang biasanya separuhlah dan nieyl akan kisar siap-siap untuk 2 minggu ataupun lebih. Begitu juga dengan bawang putih nieyl akan kisar siap-siap senang bila nak masak nanti tak perlu nak kupas, potong , kisar bagai. 


Contoh dalam gambar diatas ini, nieyl dah siap kisar bawang merah. Kalau korang tengok bawang merah tu nampak macam kasar-kasar sikitkan. Ok selepas nieyl kisar bawang merah selalulunya nieyl akan toskan dulu bawang kisar tu termasuklah bawang putih supaya air bawang tu tak banyak sangat bila kita masukkan dalam bekas, sebab kita tak nak bawang kita cepat rosak. So far, 2 bekas di atas biasanya untuk kegunaan 2-3 minggu. 

Siapa yang rajin kisar macam nieyl ni, kita geng..jimat masa untuk kita para isteri yang bekerjaya ni..

 

5 comments:

  1. Sangat byk khasiatnya cuma kalau brlebihan berbau pula badan

    ReplyDelete
  2. sekali 3 peket terus. Kak ayu kupas je, bila nak guna baru blend or chopped or hiris..

    ReplyDelete
  3. walaupun yaya xpandai msk, tp mmg tau klu xde bwg merah rs kureng skit mskan..lebih2 lagi smbal

    ReplyDelete
  4. sy kdg pakai bawang merah, kadang pakai bawang putih 😂😂😂 rupanya bwg merah ni lg sedap

    ReplyDelete
  5. Wah buat persediaan terus! sama macam mak Cik TK. Dia kisar terus semua simpan peti. Senang nak pakai untuk masak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)