23 September, 2020

Sayur kailan Yang Pahit Itu Adalah Khasiatnya

Sayur kailan Yang Pahit Itu Adalah Khasiatnya | Sayur kailan biasanya kita akan makan bila di kedai Tom Yam betul tak?Jarang-jarang masak di rumah sebab anak-anak tak suka kerana sayur kailan ini rasanya sedikit pahit. Nieyl sendiri pun jujur kata memang tak pernah lagi masak kailan dekat rumah selalunya akan order bila makan nasi dekat kedai TomYam je. 

Tahu tak sebenarnya sayur kailan yang kita kata pahit bila dimakan itu mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan badan kita. Antaranya kailan adalah sayuran yang mempunyai kadar nutrien yang tinggi kerana ia mengandungi banyak nutrien seperti beta karoten, vitamin k, vitamin c , lutein dan kalsium yang tinggi. Oleh yang demikian, kailan dapat berfungsi sebagai antioksidan semula jadi dan anti inflamasi untuk tubuh badan kita.

Kebaikan sayur kailan pada tubuh badan kita
  • Kurangkan risiko kanser
  • Kurangkan kolestrol
  • Sangat baik untuk wanita yang hamil
  • Membantu menjaga kesihatan kulit
  • Membantu mengurangkan berat badan
  • Membantu menjaga otak
  • Membantu mengurangkan risiko diabetes
  • Membantu merawat tulang dan gigi
  • Membantu mengelak sembelit
  • Elakkan Anemia
  • Membantu mengelakkan pembekuan darah
  • Membantu menjaga kesihatan mata

Banyakkan khasiat yang terkandung dalam sayur kailan ni, rugi kalau kita tak makan selalu sebab walaupun pahit ianya mampu mencegah penyakit-penyakit yang merbahaya. Jadi, lepas ini bolehlah kita pergi cari dekat pasar sayur kaitan ya, boleh masak kailan ikan masin..hehehe

5 comments:

  1. saya suka rebus kailan ni cicah sambal belacan

    ReplyDelete
  2. suka kailan ni, sbb rasa dia lain dari lain

    ReplyDelete
  3. kailan sedap, lebih2 lagi bila masak dengan ikan masin..yums!

    ReplyDelete
  4. Suka masak sayur kailan ni, rangup jew!

    ReplyDelete
  5. kena makan byk lagi kailan lepas ni. kailan sedapp

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)