21 September, 2020

Resepi Ayam Masak Sambal Serai


Resepi Ayam Masak Sambal Serai | Masakan berasaskan ayam adalah antara yang paling digemari penduduk di Malaysia dan salah seorangnya adalah tuan punya blog inilah. Boleh dikatakan seminggu sekali pastinya menu makanan akan ada masakan berasaskan ayam. Tapi sesekali itu rasa boring juga asyik masak masakan yang berulang kali. Korang pun sama kan? So, hari ini nieyl nak share dengan korang satu resepi di mana korang boleh gunakan untuk masak ayam ataupun ikan. Sebenarnya kalau masak ikan sungai lagi sedap tau.

Bahan-bahannya
  • Ayam  (digoreng terlebih dahulu)
  • Bawang merah (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • Serai (dikisar)
  • Cili api (dikisar)
  • Cili Merah Besar (dikisar)
  • Air Asam Jawa
  • Gula
  • Garam

Cara-caranya
  1. Terlebih dahulu, gorengkan ayam separuh masak dan ketepikan
  2. Tumiskan semua bahan-bahan yang di kisar sehingga masak
  3. Masukkan gula, air asam jawa dan garam secukupnya.
  4. Dan last sekali, gaulkan bersama ayam yang telah digoreng tadi
  5. Sedaia untuk dimakan bersama nasi panas dan ulam.
** Kepada yang tidak makan pedas, boleh kurangkan cili api dan lebihkan cili merah besar


Selamat Mencuba!


 

11 comments:

  1. Masakan kegemaran akak jugak ni...balik kerja kang nak buat la..tapi rasanya nak buat tongkeng ayam...hahahha

    ReplyDelete
  2. sedapnya. makan ngn ns panas2..
    blh try ni

    ReplyDelete
  3. menariks..tq for sharing. leh try. anak2 ayu memang kena ada ayam. hari2 pun ayam

    ReplyDelete
  4. kat rumah saya pun...tiap minggu kena ada lauk ayam. anak kecik kecik lagi...susah nak bagi makan ikan. takut terlekat tulang

    ReplyDelete
  5. baca bahan je dah boleh agak kesedapannya

    ReplyDelete
  6. Cili warna hijau merah tu memang tak tahan tengok...sedapnya ya ampuuunnn!

    ReplyDelete
  7. sedap nampak menu Nieyl cuma kak ana sekarang ni tak boleh makan pedas-pedas dah sejak gastrik teruk :)

    ReplyDelete
  8. sedapnya!!! tengok dari bahan dah boleh bayangkan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)