14 September, 2020

Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa

Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa | Ada yang cari resepi nasi hujan panas ke?Sekarang ini cuaca pun tidak menentu, selalu hujan tengah hari. Ha..sesuai sangatlah dengan resepi yang nieyl nak share hari ini dengan korang. Rata-rata yang membaca enrty ini hebat-hebat masak berbanding nieyl. Tapi tak apalah, hobi suka share apa yang nieyl suka masak dan yang penting mudah ataupun orang putih kata SIMPLE..


Terlebih dahulu, sebelum nieyl share bahan-bahan dan cara -cara nak memasak nasi hujan panas ni. Diingatkan bahawanya nieyl tak guna beras basmathi ya. Kalau korang memang dah ada di rumah beras basmathi tu bolehlah gunakan cuma nieyl tak ada, nieyl guna beras biasa sahaja.. boleh jadi ke?Insya'Allah awak pakai beras apa pun ianya tetap menjadi. Dan nieyl juga tak guna minyak sapi just guna butter sahaja.

Bahan-Bahan
  • Beras di basuh dan di toskan
  • Butter 
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (dihiris)
  • Daun pandan
  • Bawang merah ( dihiris)
  • Air
  • Kuib ayam (serbuk pati ayam pun boleh)
  • Susu cair
  • garam
Cara-caranya
  1. Panaskan butter @ minyak sapi dalam kuali
  2. Tumis Bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bawang putih, halia , bawang merah, daun pandan sehingga naik bau
  3. Masukkan air dan kiub ayam , kacau rata dan masukkan beras yang di toskan di dalan kuali bersama bahan-bahan yang ditumis tadi, gaul biar rata
  4. Kemudian, pindahkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air mengikut sukatan air seperti korang masak nasi dan jangan lupa secawan susu cair ke dalam beras tadi dan masak nasi seperti biasa.
  5. Setelah nasi kering, buat 6 lubang di atas permukaan nasi, dan setiap lubang masukkan pewarna MERAH, HIJAU ,KUNING dan tutup semula nasi biarkan ia masak sepenuhnya.
  6. Selepas nasi dah masak sepenuhnya, barulah korang gaulkan, gembur-gemburkan nasi tu biar warna-warna sekata. Ok dah siap!
Begitulah cara nieyl masak nasi hujan panas yang simple, walaupun guna beras biasa sahaja. Biasanya nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, arca timun ataupun rendang daging dan lain-lain ikut kerajinan korang la...

Ok selamat mencuba!

 

12 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)