11 September, 2020

Halau Lalat Sehingga Rumah Terbakar

Halau Lalat Sehingga Rumah Terbakar | Terkejut bila baca tajuk artikel tu bila baca sepenuh artikel rupa-rupanya tuan rumah tidak menyedari bahawa ada kebocoran gas di dapur. Yalah kita ini kalau dah nak makan ataupun dirumah tiba-tiba lalat datang memang mengundang kemarahan. Mesti korang tertanya tuan rumah guna apa sampai rumah dia terbakar kan, dia guna alat pemukul lalat tu yang elektrik tu. Kang bila kita guna akan ada percikan api, so disebabkan percikan itulah plus dengan gas itu adalah punca rumah itu terbakar. Alhuakbar.. Nasib baik tuan rumah sempat melarikan diri walaupun ada sedekit luka. Kejadian ini berlaku di luar negara iaitu PERANCIS.

Walaupun ianya berlaku di luar negera, kita kena jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati ketika menggunakan alat pemukul lalat yang elektrik tu okay. Mungkin kita boleh menggunakan cara yang lebih selamat untuk menghalau lalat seperti perangkat lalat yang biasanya digunakan di kedai-kedai makan ataupun pelekat lalat yang tidak membahayakan.

Selain dari itu juga, korang boleh search petua-petua untuk menghalau lalat di google. Banyak blog-blog yang ada share. Mungkin boleh digunakan untuk menghalau lalat yang singgah di rumah korang nanti..


4 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)