Resepi Ikan Siakap Masak Ala Thai | Hai-hai korang.. Assalamaulaikum..Apa khabar ? moga kalian yang membaca entry ni semuanya sihat selalu ok. Rasa lama tak update entry masakan. Disebabkan nieyl sekarang ni masih belum terima apa-apa berita dari pejabat untuk kembali bekerja seperti biasa. Jadi banyaklah masa untuk ke dapur dan buat beberapa aktiviti yang bermanfaat.
Untuk mereka yang baru sahaja terjumpa blog ini, masakan adalah salah satu content blog ni tetapi bukanlah masak masakan yang hebat-hebat. Nieyl suka share resepi yang simple-simple sahaja yang mana bahan-bahan dia memang sedia ada didalam rumah kita. Cuma diingatkan cara masakan kita dengan orang lain mungkin berbeza. So, resepi nieyl ni sesuai untuk mereka yang baru nak belajar memasak ataupun first time nak masak masakan pilihan korang.
- Ikan siakap
- Halia (**)
- Bawang Merah (**)
- Cili Api (**)
- Cili besar (**)
- Bawang putih (**)
- Sos tomato
- Sos Cili Thai
- Sos ikan
- Air
- Gula
- Ikan siakap dilumur dengan kunyit dan tepung jagung dan goreng
- Tumiskan bahan dihiris sehingga naik bau
- Masukkan sos tomato, sos cili thai dan sos ikan
- Masukkan gula dan sedikit air untuk berkuah
- Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian tutup api dan boleh tuangkan kuah ke atas ikan siakap yang dah digoreng
- Korang juga boleh tambah daun ketumbah untuk lebih bau dan rasa Thai tu okay.
my mom always masak this dekat rumah, dia belajar dari kedai tomyam depan rumah heeheh
ReplyDeletesetuju..cara A & B goreng telur pun berbeza. Ada yang pecahkan telur terus dalam kuali...ada yang pecahkan dulu dalam mangkuk.
ReplyDeletethanks for the recipe
Sedapnya...
ReplyDelete