28 August, 2020

Kerap Migrain Sehingga Menghilangkan Mood

Kerap Migrain Sehingga Menghilangkan Mood | Umum memang ketahui yang migrain sering kali di hadapi oleh kaum wanita terutamanya. Nieyl sendiri salah seorang wanita yang pernah alami migrain yang agak teruk seketika dahulunya cumanya belum sempat makan ubat khas migrain je lagi sebab masih boleh control. 

Ramai yang tanya apa punca sebenar migrain?susah nak tahu  puncanya cuma berkemungkinanya dari faktor genetik, persekitaran mahupun gaya hidup kita yang membuat serangan migrain ini. 




Kurang Tidur Berkualiti

Umum ketahui bahawa tidur yang teratur adalah antara 7-8 jam sehari . Tetapi percaya atau tidak sebenarnya tidur yang sedikit adalah berkualiti dari tidur yang terlalu banyak dan ianya juga boleh mencetuskan migrain. Kualiti tidur yang secara langsung dipengaruhi oleh gangguan tidur. 

Mengambil Kafein Terlalu Banyak

Pengambilan kafein sebenarnya berkaitan dengan penghilang rasa sakit, terutama dalam serangan migrain. Ianya berkaitan dengan adenosin, bahan otak yang berlaku secara semula jadi dan diperlukan dalam badan. 

Pengambilan kafein yang berlebihan setiap hari boleh menyebabkan toleransi di otak di mana ia akan menimbulkan kebergantungan terhadap kafein jika tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan penarikan. Contohnya seperti sakit kepala, loya, keletihan, sukar menumpukan perhatian dan lain-lain.

Nieyl akan cari kafein apabila mengantuk sahaja itupun bukan hari-hari , sebulan sekali ataupun dua kali sahaja. 

Menatap Skirn Komputer Terlalu Lama

Duduk di depan komputer untuk jangka masa yang panjang juga boleh membawa kesan yang serius bagi penghidap migrain. Ia sering berlaku kepada meraka yang mengalamo kepekaan terhadap cahaya. 

Untuk mereka yang bekerja di pejabat sememangnya kerja menghadap skrin komputer dalam jangka masa yang panjang. Ini selalu terjadi pada diri nieyl sendiri , selalunya pada hari ISNIN. Ha..bukan sebab monday blues okay, tapi memang kerap kena serang migrain pada hari ISNIN.

Banyak lagi kemungkinan yang menjadi punca serangan migrain. Kesimpulannya setiap individu mempunyai punca migrain yang berbeza-beza. Jadi bila kita dah boleh kenal pasti punca migrain tu seboleh-bolehnya kita cuba elakkan ataupun jauhinya. 

Sekiranya migrain semakin lama semakin serius dinasihatkan untuk korang pergi berjumpa dengan doktor untuk rawatan susulan. Jangan biarkan migrain mengganggu perjalanan kehidupan kita. 





2 comments:

  1. hope get well soon, migrain ni..klu sekali kena mmg always kena kan.. takleh buat apa.. plg elok..cut off coffee terus ...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)