Temuduga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Sambilan | Minggu lepas terima emel dari Perbadanan Putrajaya dengan tajuk Temuduga Jawatan Pembantu Tadbir N19. Ada dua perasaan masa tu, walaupun ini merupakan kali ke-2 dipanggil temuduga perasaan itu memang tak boleh nak disorok. Perasaan seronok sebab ada rezeki temuduga dan keduanya perasaan takut nak ditemuduga. Yela, kita tak tahu kan apa soalan-soalan yang panel nak tanya.
Bila sampai sahaja tempat temuduga, semua calon kena isi borang yang telah disediakan dan hantar ke pada urusetia bersama salinan dokumen yang diminta dan disahkan. Selesai semua, calon di minta duduk di tempat yang disediakan sementara menunggu sesi temuduga bermula.
Senarai nama dan nombor giliran untuk temuduga urusetia tampal di dinding. Nieyl dapat no. 7 daripada 13 orang yang hadir. Alhamdulillah dapat nombor yang tengah-tengah, kurang sikit gemuruhnya tu. Sementera menunggu giliran tu, dapatlah berkenalan, bersembang dengan beberapa calon, rata-ratanya mereka yang hadir temuduga ni tinggal jauh-jauh, ada yang tinggal di Kulim, SP, Melaka dan lain-lain..Gigih mencari kerja di tempat orang, moga urusan mereka sentiasa dipermudahkan..Amiin
Ting..Tong..( bunyi loceng)
Loceng telah berbunyi tanpa giliran nieyl dah tiba. Bangun dari kerusi dengan penuh berdebar sambil selawat, ketuk pintu , bagi salam dan panel kata sila duduk, baru kita duduk dengan keadaan yang selasa. Depan mata nieyl ada 2 orang pegawai lelaki iaitu seorang semak resume dan seorang lagi yang bertanyakan soalan.
Selama 15 minit dalam bilik temuduga, hanya satu soalan yang ditanya iaitu sila ceritakan pengalaman kerja anda. Sepanjang 15 minit itu nieyl cerita tentang pengalaman kerja selama 10 tahun dalam sekotor awam dan sekarang masih lagi bekerja di sektor yang sama. Panel sangat berminat untuk mengetahui kerja-kerja yang nieyl buat terutamanya sistem-sistem yang pernah nieyl terlibat terutamanya HRMIS. Walaupun nieyl tak terlibat secara langsung tetapi nieyl bekerja di bahagian IT. Sedikit sebanyak ilmu pengetahuan tentang sistem-sistem tu nieyl tahu laa..
Panel maklumkan pada nieyl, 2 post yang mereka perlukan segera..Post pertama adalah bekerja di bilik kawalan cctv dimana ianya kerja shif..Panel tanya adakah nieyl boleh? Sejujurnya soalan panel ni membuatkan nieyl berfikir 2x untuk memberi jawapan.. Ya.. kalau sesetengah orang lain, akan jawab YA BOLEH untuk mendapatkan kerja tu, untuk kali ini nieyl jujur jawapan dengan panel, saya telah berumahtangga, untuk bekerja shif saya perlu berbincang dengan suami..( dalam hati, jika Allah kata ini rezeki ku, ia tidak akan kemana) . Panel sangat baik dan sopan, sentiasa senyum dan membuatkan calon selesa untuk bercerita dan menjawab soalan dengan lebih tenang.
Tamat 15 minit nieyl, keluar dengan perasaan yang sangat lega dan rasa inilah temuduga yang paling relax dan tenang dalam menjawab soalan. Oh ya, dalam temuduga ini tiada yang salah ataupun betul. Jika korang tidak yakin ataupun tidak tahu jawapan kepada soalan, Jangan buat-buat pandai ataupun goreng ayat-ayat yang bukan-bukan ya. Panel nak tengok cara kita jawab soalan je..
Sehari selepas hari temuduga, nieyl terima emel dari PPJ. Alhamdulillah, walaupun nieyl hanya calon simpanan tapi nieyl bersyukur sebab sekurang-kurangnya masa temuduga tempoh hari, panel nampak kesungguhan dan kejujuran kita. Doakan nieyl okay..
Tahniah dapat jadi calon simpanan.
ReplyDeleteSemoga Allah beri apa yang terbaik utk Nieyl.
semga ada rezeki Nieyl , aamiin
ReplyDeletetahniah!!
ReplyDelete