25 August, 2020

Menu Masakan Masa Cuti Simple Dan Sedap

Menu Masakan Masa Cuti Simple Dan Sedap | Bila waktu cuti ini lah boleh plan nak masak apa-apa yang sedap dan kalau boleh nak masak yang mudah-mudah aje. Nieyl memang suka masak tapi tak suka habiskan masa yang lama di dapur ya. Kalau hari bekerja tu, balik sahaja kerja terus masuk dapur masak dalam masa kurang dari 1 jam nieyl akan pastikan nieyl siap masak 2 jenis lauk untuk dinner. 

Kalau hari bercuti pula, pukul 10 pagi nieyl dah start memasak untuk makan tengah hari. Selalunya sebelum pukul1 tu perut semua dalam rumah tu dah berisi dengan makanan. Selepas zohor tu memang waktu nieyl bersantai dan berehat kalau tidak keluar pergi mana-mana.

Oklah mehlah tinjau nieyl masak apa untuk lunch hari ahad yang lepas. Disebabkan bukan minggu gaji, jadi kita semua duduk dirumah diam-diam ya..

Telur dadar cheese tapi tak berapa nampak sangat cheese dia sebab cair atas telur dadar yang panas itu. Actually, kalau nak sedap lagi korang boleh parutkan cheese dalam larutan telur sebelum korang goreng telur tu lagi rasa dia nyuummmm...

Ikan talang masak lemak nanas ini memang paling nieyl suka sebab nieyl bukan seorang yang pemakan nanas yang mentah-mentah tu, nieyl hanya akan makan bila dijadikan sayur seperti ini sahaja. 

Ikan kembung goreng biasanya kalau nak goreng, nieyl tak suka sangat letak serbuk kunyit yang banyak. Sebab itu warna dia agak pucat sikit di situ lepas tu digoreng garing-garing masak ketika panas lagi memang sangat menyelerakan ya kawan-kawan. 

Sesekali itu kalau dapat masak dan makanan yang mudah-mudah macam ini boleh bertambah nasi kan, kalau ada ulam dan sambal belacan pun sedap juga ni.

Moga yang singgah membaca entry ini, dapatlah idea nak masak balik rumah nanti ataupun hari cuti nanti :) 


1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)