19 August, 2020

Dinner di Harvest Cafe Cyberjaya

Dinner di Harvest Cafe Cyberjaya | Ini merupakan kali pertama nieyl dinner di Harvest Cafe ni, selalu layan kedai-kedai makan biasa-biasa je. Kebetulan hari kejadian adik-adik beradik husband semua ada, jadi memang wajib untuk kita keluar makan sama-sama setiap kali berkumpul kalau tidak diluar ,kita akan spend time di rumah MIL. 

Untuk rekod cehh..rumah nieyl memang berdekatan di Cyberjaya dan Putrajaya jadinya memang selalunya ke sini untuk cari makan ke, untuk ke shopping mall ke..jogging ke.. So, pada hari kejadian asalnya nak pergi makan chocolate dekat Dpulze tapi last minute kita tukar tempat terus ke Harverst Cafe. Nama pun cafe makanan dia pun kebanyakkannya memang western food lah. 



Sementara nak tunggu makanan yang di order tu sampai seperti biasa kita sempat lagi merenung masa depan hahaha..gambar pun snap sendiri kak hehehe..


Selera western nieyl tak berubah , mesti akan order chicken chop ataupun speghetti. Itu sahaja yang setakat ini boleh ditelan tekak ni.


Tengok gambar pun tahu air apa tu kan..siapa yang cakap chocolate tu salah ya..itu air milo ais hahaha Tekak orang kampung macam itulah..


Suprise!!!!!!!!!!! sempat celebrate birthday adik bongsu husband. Inilah kami adik ipar duai perempuan bersama MIL nieyl. Sentiasa bergosip , bersembang , gelak ketawa bersama. Love my MIL family.

Oklah, selamat bercuti korang esok!





5 comments:

  1. milo ais dia tabur milo mcm tu? mmg laaa sedappp

    ReplyDelete
  2. Kite pun suka western food kalau dah sekali menu tu sedap kat tekak, mesti nak order lagi yang sama

    ReplyDelete
  3. seronok berkumpul sesama family ditempat yg best pula tu. boleh la kalau mama ke cyberjaya boleh try makan kat situ

    ReplyDelete
  4. nampak sedap semua makanan kat situ..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)