10 August, 2020

Ikan Masak Taucu Paling Simple

Ikan Masak Taucu Paling Simple | Masak taucu antara masakan yang jarang-jarang nieyl masak sebabnya ada kejadian dimana first time nieyl masak taucu rasa dia seperti air laut hahaha..serius masa tu memang tak berapa pandai masak guna taucu ni, rupanya kalau dah letak taucu, tak perlu letak garam ataupun kalau nak letak pun hanya sedikit sahaja. 

Sekarang ni dah pandai dah masak taucu. Selalu ikan yang digunakan tenggiri, ikan sardin , ikan kerisi dan lain-lain. Kali ini nieyl masak guna ikan sardin sahaja. 

Bahan-bahan
  • Ikan sardin
  • cili api
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih
  • halia
  • taucu -3 sudu besar
  • air asam jawa
  • gula dan garam
Cara-cara
  1. Tumis halia, bawang putih, bawang besar yang dihiris sehingga layu
  2. Masukkan taucu 3 sudu, masukkan sedikit air
  3. Masukkan cili api, cili besar, air asam jawa
  4. Masukkan sedikit gula dan garam
  5. Last masukkan ikan yang telah digoreng, gaul-gaul dan siap!
selamat mencuba

8 comments:

  1. Tergelak saya bila Nieyl kata ikan masak taucu rasa air laut....kihkihkihhh! Saya bubuh sikit saja taucu, sebab walaupun adakalanya guna taucu manis tapi tetap rasa masin. Sedap makan nasi putih gaul dengan kuah taucu.

    ReplyDelete
  2. Masak taucu ni wak suka guna ikan gelama

    ReplyDelete
  3. hahahaha dulu kawan masakkan lepastu suka tapi bila masak sendiri, hancur jadinya.

    ReplyDelete
  4. Cik TK jarang sangat2 masak taucu, kalau masak tu Cik TK try dulu.. tak cukup masin baru letak garam. Tapi kan tapi kan...

    kalau kata sampai rasa air laut tu kan... hahaha Cik TK tak boleh nak bayangkan.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan taucu...sedap pulak tengok nya

    ReplyDelete
  6. Mula2 guna taucu dalam masakan bau pelik sangat, tapi bila rasa sedap plak, ni antara favourite anak ikan masak taucu, lama2 bau semacam dia tu buat ketagih😁

    ReplyDelete
  7. aa kenapa air laut.. ok lawakkkk !

    ReplyDelete
  8. sedapnya, akk belum lg pernah masak ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)