Showing posts with label Taman mini nieyl. Show all posts
Showing posts with label Taman mini nieyl. Show all posts

04 September, 2020

Penceroboh telah dikenal pasti

by on September 04, 2020

Penceroboh telah dikenal pasti | Semalaman berfikir siapalah yang nakal sangat petik semua daun-daun pokok di taman nieyl. Kata mak nieyl pagi masa siram pokok elok sahaja ada daun bila petang tengok segala daun dekat pokok botak. Puas jugalah cari serpihan-serpihan daun yalah kalau budak - budak yang petik, mesti akan tinggal dekat bawah-bawah lantai tapi ini sangat clean cuma ada biji-biji hitam je.


Pokok ini asalnya banyak daun dia warna pink dan hijau daun keladi. Nama spesifik pokok ni nieyl tak tahu sangat. Cuba korang tengok apa dah jadi dengan daun-daun tu.


Biji-biji warna hitam tu cuba korang tengok dalam gambar atas. Lepas tu setiap tangkai kosong daun nya semua ditogelkan. aduhai.. Sakit betul hati ini, yela dah tanam elok-elok dalam pasu tiba-tiba jadi macam ni..aduh..

Pagi-pagi sebelum nieyl nak pergi kerja, mak nieyl panggil-pangil suruh datang tengok dekat luar. Dia kata dia dah dapat tangkap dah penceroboh yang rosakkan pokok.. Korang nak tahu tak siapa??


Inilah dia penceroboh yang pandai menyorokkan diri. Kerana dia inilah 2 pasu pokok habis ditogelkan hanya tinggal tangkai je. Actually, bukan seekor ya kawan-kawan dia bawa geng 3 ekor..Aduhai.. Patutlah tak dapat jumpa dia, dia menyorokkan diri di bawah daun, dah lah warnanya sama dengan daun mana lah nak nampak..bijak betul!


 

02 May, 2020

Pokok Ulam Raja Hijau Hidup Subur Di Rumah

by on May 02, 2020
Pokok Ulam Raja Hidup Subur Di Rumah | Ulam raja merupakan raja segala ulam yang dikatakan jika selalu makan ulam raja ini boleh sihat luar dan dalaman. Ulam raja juga dikatakan banyak khasiatnya antaranya baik untuk melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang dan menyikirkan segala toksik dalam badan. 

Dikawasan keliling rumah nieyl memang banyak kawasan tanah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam dan kawasan dia agak luas. Jadi, hari ini nieyl nak share beberapa pokok baru yang di tanam di kawasan rumah nieyl. Semua ni buka nieyl yang tanam tau, abang dan kakak nieyl yang tanam. Hasilnya kami makan sama-sama. Sebelum ni nieyl ada juga share tentang taman mini nieyl boleh baca SINI


Ini pokok ulam raja yang asalnya tanam sikit sahaja, tapi pokok ulam raja ni memang mudah membiak dan mudah hidup dengan subur. Selain untuk makan sendiri kadang-kadang nieyl share dekat IG, kawan-kawan yang mana dekat-dekat tu yang nak makan akan datang rumah ambil. 


Pokok daun kari ni bukan senang nak dapat yang gemuk-gemuk seperti ini tau, nieyl ada juga tanam atas tanah, dia hidup subur tapi halus-halus daunnya . 


Ini pula pokok terung masih dalam proses pembesaran. Ini abang nieyl tanam di belakang rumah adalah lebih kurang 4-6 pokok semuanya. Harapnya dapatlah merasa hasilnya nanti ya.


Yang ini pula yang paling baru nieyl tanam pokok tomato, sebelum ni nieyl semai dalam sebulan juga la bila dah tumbuh sebegini nieyl alihkan ke pasu yang lebih besar dan letak kayu supaya dia menjalar dekat kayu tu. Moga dia membesar dengan sihat. 

Semoga perkongsian nieyl ni boleh membakar semangat yang nak bercucuk tanam kecil-kecilan di rumah tu ya..





29 August, 2016

Taman Mini Nieyl Ke-2

by on August 29, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Taman Mini Ke-2 | Last week rasanya nieyl ada story pasal taman mini dekat rumah, kalau tak caba lagi boleh la klik SINI , so..hari ini nak share taman mini ke-2 yang en.husband buat selama 2 hari katanya. Kali ni taman mini dekat belakang rumah,tepi rumah kakak.. Actually,sebelah tu abg ngan kakak nieyl ada buat taman sayur... jadi memang sesuai sangat la buat tempat lepak petang²...


Semalam dah rasmi kan dah, nieyl masak sambal tumis dengan cekodok,kakak buat air..kteorang lepak ramai² minum petang. Seronok pulak rasanya. Sambil tu plan nak buat makanan² hari merdeka nanti dekat taman ni juga..sebenarnya kan, tak sangka jugak en.husband nie pandai bertukang sampai boleh jd taman..hihihi...


  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

22 August, 2016

Taman mini nieyl

by on August 22, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Taman mini nieyl | Bertuah badan dapat suami yang suka tanam² pokok nie, lepas tu mak pun suka bunga cuma kawasan rumah nieyl je xnak letak pokok bunga cukup la sekadar pokok² hijau menghijaukan pandangan mata nie.. Weekend lepas hari sabtu datangnya satu perasaan yang sangat membosankan, dalam pukl 2-4 petang tu nak try lelapkan mata seketika pun tak terdaya..

Last² duduk dekat taman mini,tengok pokok² hijau nie..snap sana snap sini..hahaha..kelakar pula rasanya duduk seseorang dekat taman waktu² macam tu..tapi memang terapi la tumbuhan hijau nie..dia memberikan satu ketenangan yang sangat diperlukan oleh manusia..


Nah!nieyl ada rekod sikit kawasan taman mini rumah yang tidak seberapa, sebabnya rumah tak ada kawasan lapang,so..yang ada nie la dijadikan taman..:)



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png