Pokok Ulam Raja Hidup Subur Di Rumah | Ulam raja merupakan raja segala ulam yang dikatakan jika selalu makan ulam raja ini boleh sihat luar dan dalaman. Ulam raja juga dikatakan banyak khasiatnya antaranya baik untuk melancarkan perjalanan darah, menguatkan tulang dan menyikirkan segala toksik dalam badan.
Dikawasan keliling rumah nieyl memang banyak kawasan tanah yang boleh digunakan untuk bercucuk tanam dan kawasan dia agak luas. Jadi, hari ini nieyl nak share beberapa pokok baru yang di tanam di kawasan rumah nieyl. Semua ni buka nieyl yang tanam tau, abang dan kakak nieyl yang tanam. Hasilnya kami makan sama-sama. Sebelum ni nieyl ada juga share tentang taman mini nieyl boleh baca SINI
Ini pokok ulam raja yang asalnya tanam sikit sahaja, tapi pokok ulam raja ni memang mudah membiak dan mudah hidup dengan subur. Selain untuk makan sendiri kadang-kadang nieyl share dekat IG, kawan-kawan yang mana dekat-dekat tu yang nak makan akan datang rumah ambil.
Pokok daun kari ni bukan senang nak dapat yang gemuk-gemuk seperti ini tau, nieyl ada juga tanam atas tanah, dia hidup subur tapi halus-halus daunnya .
Ini pula pokok terung masih dalam proses pembesaran. Ini abang nieyl tanam di belakang rumah adalah lebih kurang 4-6 pokok semuanya. Harapnya dapatlah merasa hasilnya nanti ya.
Yang ini pula yang paling baru nieyl tanam pokok tomato, sebelum ni nieyl semai dalam sebulan juga la bila dah tumbuh sebegini nieyl alihkan ke pasu yang lebih besar dan letak kayu supaya dia menjalar dekat kayu tu. Moga dia membesar dengan sihat.
Semoga perkongsian nieyl ni boleh membakar semangat yang nak bercucuk tanam kecil-kecilan di rumah tu ya..
bgusnyaa suka menanam.. ulam raja tu kadang2 blhla makan..
ReplyDeletemost of the time tak lalu ehe ekot mood..
best je bila tengok tanaman sendiri membesar dengan sihat. kaella pun dalam proses tanam cili padi sendri
ReplyDeleteUlam raja fev ni..Syoknya duduk kampung boleh tanam-tanam tepi rumah, duduk taman tanam dalam pasu lepas tu kucing luar datang kacau habis tanaman kita...sedih
ReplyDeleteUlam raja banyak khasiatnya.
ReplyDeleteulam raja is my most favourite !
ReplyDeleterajin nieyl suka berkebunn.. dapat petik sayur di laman sendiri pun rasa puas hati sangatn kan..
ReplyDeleteUntungkan kawasan umah ada tanah .boleh bercucuk tanam . At least ada juga serba sedikit sayuran or ulam-ulam yg boleh dimakan . Jimat dah disitu
ReplyDelete