Resepi Ikan Kembung Masak Air Asam | Menu yang sangat mudah dan menyelerakan serta cepat untuk masak iaitu ikan kembung masak air asam. Ini salah satu makanan kegemaran nieyl bila dah jemu masak masakan bersantan dan bergoreng. Ini kalau masak selalunya bertambah nasi bila makan. Sangat menyelerakan apabila makan bersama ulam-ulaman yang segar. Menu ini juga sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet tu sebab ikan hanya akan direbus dan bebas minyak.
Bahan-Bahan:
- ekor ikan kembung
- asam keping
- tomato potong dadu
- bawang besar, potong dadu
- belacan, bakar sehingga wangi
- cili padi, hiris kecil
- limau kasturi
- air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya
- Masukkan ikan dalam periuk ataupun kuali, tuangkan air sehingga ikan tenggelam
- Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam selama 5 ke 10 minit dengan api yang perlahan. Bila sudah masak, angkat ikan tersebut
- Air rebusan ikan jangan dibuang, masukkan dalam bekas ,masukkan air asam jawa, belacan bakar, bawang dan tomato, kacau sehingga sebati
- Masukkan cili api ke dalam kuah asam tadi , dan tuang kuah asam ke atas ikan..sedia untuk dimakan bersama nasi panas...
Ok mudah sahaja, tapi amat menyelerakan dan masa hanya diperlukan 15.-20 minit sahaja.. selamat mencuba..
Alhamdulillah
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
mudah dan menaikkan selera sebab rasa masam2 kan
ReplyDeleteFuhh hidang dengan nasi putih panas-panas . Plus sedikit ulam huhh bertambah-tambah ni makan nasi
ReplyDeletepergh..nampak simple but layan ni.. dap dap!
ReplyDelete