30 May, 2020

Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Besar Nieyl

Raya Aidilfitri Bersama Keluarga Besar Nieyl | Masih mood raya lagi ni kan jadi nieyl nak share gambar-gambar kenangan yang sempat nieyl rakamkan sebagai kenang-kenangan raya 2020. Siapa sangka raya tahun 2020 kita masih lagi dalam PKPB. Nak tak nak, kita kena patuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan. Kepada mereka yang baru singgah ke blog nieyl ni, nak bagitahu yang keluarga nieyl sememangnya sangat besar dan melebihi dari 20 org. Akan tetapi rumah adik beradik nieyl semuanya dalam tapak rumah yang sama. Kami sememangnya hidup berjiran sesama adik beradik. Kawasan tapak rumah ada 7 buah rumah iaitu rumah kami 7 adik beradik. Kalau kami berkumpul pun hanya sesama kami sahaja tanpa orang luar. Kami bergambar sahaja kemudia bersurai ke rumah masing-masing. 


Tahun ni cantik gambar sebabnya setiap keluarga baju raya tak sama color..hahaha..itu selalu mainkan peranan yang penting dipagi raya. Ini gambar adik beradik nieyl bersama mak ayah.. miss adik nieyl tak dapat beraya bersama walaupun dia cuti raya sebab tak boleh merentas negeri. 


Ini pula semua abg ipar dan kak ipar nieyl. Dari pahang ada 3 orang, Perak seorang,selangor seorang, penang seorang dan melaka seorang. Adik ipar nieyl tak ada dalam gambar, dia dari kedah,


Ini semua anak-anak buah dan seorang cucu nieyl. Yang kecil ada, yang dah kahwin pun ada, yang meningkat remaja pun ada. Semua ni membesar depan mata nieyl. Ini sebenarnya sebahagian je..ada lagi 9 orang anak buah tak dapat bersama tahun ni..


Ini mak ayah nieyl, sedondon warna pink tahun ni. Semoga Allah berikan mak ayah kesihatan yang baik dan kita boleh sambut ramadhan dan meraikan syawal bersama-sama lagi tahun akan datang Insya'Allah. Ok see u next entry :)

4 comments:

  1. Tentu meriah raya dapat kumpul adik beradik semua

    ReplyDelete
  2. bestnya adik beradik umh dekat2.. raya camni boleh kumpul ramai2..
    adk beradik sy pon duk dkt2 tp 2 beradik je xleh blk sbb xleh merentas negeri..
    pagi raya xdpt kumpul camni sbb masing2 ade family kan.. =)

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya...Salam Ukhwah dari bunda..

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya. Rumah adik beradik semua dekat². Mudah la nak ziarah menziarahi pun kan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)