Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah | Kuih wadey merupakan kuih tradisi masyarakat India tetapi ianya menjadi kegemaran seluruh rakyat di Malaysia. Sebelum- sebelum ni kalau teringin nak makan kuih wadey ni selalu pergi pasar malam itupun beratur panjang nak dapatkan. Kuih wadey ni sedap dimakan ketika panas-panas sesuai kalau buat minum petang bersama keluarga tersayang.
Hari ini nieyl nak share cara nak buat kuih wadey yang mudah dan sedap. Bahan-bahan pun sangat mudah didapati di kedai dan ianya tak perlukan modal yang besar pun. Jadi, lepas nieyl share resepi dan cara nak buat dan masak dia, korang cuba lah..kalau menjadi jangan lupa share dengan nieyl okay.
Bahan-bahan
- Kacang dal (direndam 3-5 jam)
- Daun kari (hiris halus)
- Bawang merah (potong dadu halus)
- Cili kering (potong halus)
- Garam
Cara-caranya
- Kacang dal tu direndam dengan air selama 3-5 jam
- Selepas tu toskan kacang dal dengan tapis, biarkan ianya kering
- Selepas tu kisar kering kacang dal ni, tanpa sebarang air
- Kisar jangan terlalu halus sangat, agak-agak kalau korang boleh bentukkan tu,oklah tu
- Bila semua kacang dah di kisar, masukkan garam secukupnya.
- Dan masukkan semua bahan yang lain, gaul sehingga rata
- Kemudian, korang boleh la bentukkan nak kecik ke nak besar ke terpulang..
- Goreng ketika minyak panas dengan api sederhana.
Selamat mencuba..
Kuih evergreen ni... dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu nak makan. Sedap makan panas... wangi jew aromanya.
ReplyDeletefaveret saya and husbnad ni, kalau lepak mamak mesti cari benda ni dulu..haha..tq resepinya, belum pernah buat sendiri lagi..:)
ReplyDeletefevret !! alhamdulillah last week buat menjadi. x penah2 buat sebab tingin haaa belajar dengan utube hehe. tapi terlebih garing sikit kite buat keras jadinya =P
ReplyDeleteSuka kuih ni especially kalau lada tu letak banyak haha.
ReplyDeleteTapi kalau beli kat kedai selalu kena yang keras hmm
i don't think i've ever tried this.
ReplyDeleteYeayy hari tue dah berjaya buat vadey . First time cuba . Takut juga kalau relai dalam kuali . Alhamdulillah . Mujur baik2 saja
ReplyDelete