28 May, 2020

Pagi Syawal Bersama Keluarga Mertua

Pagi Syawal Beraya Bersama Keluarga Mertua | Assalamualaikum..belum terlambat untuk nieyl ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua followers blog ni. Hari merupakan hari raya yang ke-4, jika tahun sebelum - sebelum ini ketika ini kita masih lagi beraya mengunjungi rumah sahabat handai serta saudara mara, namun hakikatnya kini kita masing-masing habiskan masa raya bersama keluarga di rumah sahaja disebabkan kita nak putuskan rangkaian virus covid-19 ini. 


Untuk tahun 2020 ini nieyl memilih tema warna kuning gold seperti biasa warna yang belum pernah ada lagi dalam almari kami suami isteri. Kain baju kurung moden nieyl dari Jakel dan baju melayu husband juga dari Jakel. Persiapan untuk baju raya kami buat seawal bulan Jan yang lepas, masa tu belum ada lagi ura-ura virus covid 19 ni jadi excited lah sebab dapat buat persediaan awal. Tapi apakan daya hujung bulan 3, kita dah bermula PKP sehinggalah hari ini masih lagi PKPB walaubagaimanapun, raya tetap raya. Untuk tudung pula saja beli tudung bawal sarung sahaja, sebab kita tak beraya mana-mana pun, jadi simple sahaja kalau tidak nak juga cari shawl warna kuning tu tapi dah PKP masa tu kita beli Online sahaja. 


Pagi syawal selepas solat hari raya, nieyl dan husband ke rumah mertua nieyl untuk berkumpul bersama adik-adik ipar yang lain untuk beraya bersalaman. Tahun 2020 merupakan tahun ke-8 nieyl bergelar isteri, menantu dan kak ipar. Nieyl bersyukur sebab jodoh nieyl tak jauh dan setiap tahun nieyl dapat beraya bersama keluarga mertua dan keluarga nieyl sendiri. Mana yang tak tahu lagi, rumah mertua nieyl hanya 4 minit dari rumah nieyl. Gambar di atas tu nieyl bersama mak mertua nieyl yang sangat sporting. 


Ini pula gambar kenangan raya 2020 keluarga husband. Seorang adik ipar nieyl tak dapat balik raya sama sebab tidak boleh merentas negeri. Insya'Allah moga covid cepat pergi dari bumi Malaysia tahun depan kita boleh beraya lengkap. 


Walaupun berjauhan, teknologi tetap bersama untuk menghubungkan kita bersama orang yang tersayang. Pagi raya tu sempat buat videocall dengan semua , yang jauh tetap dekat hati kita. Tapi nieyl sendiri rindu sangat dengan Ellsa dah lama tak jumpa dia, rindu celoteh dia sebab mommy dia selalu share gambar dengan video je.. Harapnya raya haji ini bolehlah merentas negeri kan.. Oklah, next entry nieyl share gambar raya di rumah nieyl pula okay..


9 comments:

  1. Selamat hari raya! Bestnya beraya dgn keluarga mertua. 😅 putih gold cantik jg kan.

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya nieyl. seronok dpt beraya bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
  3. Meriahnya..selamat hari raya..😀

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut raya dalam norma baharu

    ReplyDelete
  5. dekat sgt ngn umh mertua 4 minit je blh smpai.. untung jgk!
    hehe..
    sy ngn asben satu negeri tp daerah lain2.. nsb baik blh rentas daerah ms PKP..

    selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir batin..
    cantik tema kaler kuning gold camtu.. =)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Nieyl, maaf zahir batin. sweet sgt baju raya...cantiks!
    iye, kak ayu pun raya umah Ibu, raya umah mertua... tu je. 2nd raya dah mcm hari biasa dah. Takut nak kuar2 ni...

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Nieyl..
    Maap Zahir Batin.

    Cantek la tema kuning. Kami belum ada tema kuning.

    ReplyDelete
  8. Meriah juga Nieyl hehe.. BTW, tahun ni, tahun lain dari yang lain kan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)