Susu Pisang Kurma NILOFA | Assalamualaikum..selalu tengok orang post dalam instagram dan facebook tentang susu berperisa pisang nilofa ini biasa dalam apa-apa produk pun pastinya pandang masing-masing sebagai pengguna. Jadi, untuk bulan ramadhan al mubarak ini mereka mengeluarkan susu berperisa kurma dan pisang tetapi ianya hanya dikeluarkan pada bulan ramadhan sahaja ya..
Nieyl memang setiap kali tiba bulan ramadhan persiapan nieyl wajib ada susu berperisa kurma seperti susu kurma keluaran dutch lady memang menjadi pilihan nieyl setiap tahun. Untuk tahun ini nieyl dapat rasa susu berperisa kurma dan pisang di gabungankan dalam satu botol. Menarik kan?
Reveiw: Sejujurnya bila nieyl rasa susu berperisa kurma pisang ni untuk kali pertama, bau esen pisang tu terlalu kuat sehingga nieyl tak dapat rasa kurma tu tapi basic susu dan manisan dalam susu tu nieyl suka sedap dan buat nieyl nak minum 2 ke 3 tiub hahaha..maybe kalau kita letak ais dalam gelas dan tuang susu ni lebih sedap dan nikmat rasanya.
tak pernah cuba lagi. hari tu try susu kurma..emm...cannot go la. kak ayu memang tak suka susu..kecuali susu kopi. ha ha ha..apa2 yg kopi ok.
ReplyDelete