29 May, 2020

Hadiah Raya Pandora Dari Adik Ipar

Hadiah Raya Pandora Dari Adik Ipar | Seronoknya bila dapat hadiah, siapa yang tak suka betul tak? Kali ini hadiah dari adik ipar nieyl merangkap kawan sekolah nieyl yang menetap di Utara. Walaupun tahun ini di uji tidak dapat pulang beraya bersama kami di sini, dia tetap ingat dekat kitaorang dekat sini. Setiap tahun ada sahaja hadiah untuk hari raya yang dia belikan untuk kitaorang. Tahun lepas setiap seorang dapat cincin, dan tahun ini dia bagi hadiah pandora untuk pakai hari raya. Setiap seorang dapat satu ikut design yang kitaorang suka. 


Semua hadiah diposkan sebab PKP kan, tak boleh pula nak merentas negeri.. Alhamdulillah sampai sebelum hari raya. Dapatlah kami melaram pagi raya masing-masing dengan gelang pandora ni..


Nieyl seperti biasa suka design yang simple dan wajib ada warna pink tu..hahaha..huruf N tu untuk nama nieyl. Warna silver supaya boleh match dengan semua baju nieyl. Cantik kan? Nieyl doakan semua adik-adik ipar nieyl sentiasa Allah murahkan rezeki mereka..Amin....

10 comments:

  1. Canteknya Pandora. Sy tengah cari2 pandora yang berkenang di hati..

    P/s : Semoga sentiasa Allah murahkan rezeki mereka..Amin...

    ReplyDelete
  2. Cantik 👍

    Jemput join segmen jika sudi..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya dpt hadiahhhh..
    cantik pulak tuuu.. jelessss.. hihi

    ReplyDelete
  4. memang cantik sangat kak Nieyl! Dah agak dah mesti warna pink hehe sekali betul!

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari raya maaf Zahir batin dari kami.. Wah, baiknya adik ipr bg Pandora gotu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..rezeki dapat melaram juga walaupun raya dalam pkpb. Lawa pandora tu .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)