21 May, 2020

Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan

Ketupat Palas Frozen Utara Jadi Pilihan | Setiap tahun sudah menjadi salah satu punca rezeki nieyl pada setiap kali bulan ramadhan. Tahun 2020 merupakan tahun ke-4 projek raya nieyl beroperasi. Syukur Alhamdulillah, bermula dengan kuantiti tempahan yang kecil kini telah mencapai lebih 500kg untuk tempahan pada tahun ini. 

Kebiasaanya nieyl akan buka order tempahan seawal 1 Ramadhan dan tempahan akan di tutup apabila tempahan penuh. Untuk tahun ini permintaan luar biasa, kami terpaksa tambah stok di saat akhir. Itupun sehari sahaja dah sold out..Alhamdulillah.

Ramai yang tanya, boleh pos ke ketupat palas ni?untuk nieyl , personally memang kami tak galakkan untuk membuat secara pos sebab ia makanan basah tak mudah rosak apabila tidak di simpan dengan betul. Dan yang keduanya, semua sedia maklum setiap kali bulan Ramadhan kurier-kurier akan menghadapi kesukaran dengan parcel yang terlampau banyak dan mungkin barang akan sampai lebih dari 2 hari. Jadi, kami amat menjaga kualiti ketupat palas itu.


Bermula dengan kereta untuk bawa ketupat palas dari utara ke selangor, kini Alhamdulillah kita guna perkhidmatan lori yang lebih besar untuk proses penghantaran dari Utara. 


Yang nieyl tunjukkan ni adalah first batch yang sampai, bila dah sampai kita akan asingkan siap-siap mengikut tempahan dari agen-agen ketupat palas kita. Ya..kita ada agen ketupat setakat ini di Melaka, Putrajaya, Nilai, Bangi, Kajang, Petaling Jaya, Penang. 


Nieyl akan cover agen Putrajaya, di atas ni semua first batch yang telah membuat tempatan dan Alhamdulillah nieyl dah pun buat delivery 2 hari lepas. Kebanyakkannya tahun ini ada customer yang baru, dan tidak kurang juga yang regular customer setiap tahun repeat tempahan. 

Ketupat palas frozen ini selalu akan dibuka pada bulan ramadhan setiap tahun dan pada raya haji. Selain dari itu, kami tak buka tempahan, korang doakan semoga projek raya ni setiap tahun mendapat rezeki yang lebih yaa....

7 comments:

  1. Setiap tahun selalu buat ketupat palas sendiri ni .kalau tak sempat bru beli frozen

    ReplyDelete
  2. Ketupat palas is the best.. Favourite ni. Order lagi ok berbanding buat sendiri, kang tak menjadi meroyan plak i ni..

    ReplyDelete
  3. Bwstnya...semoga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
  4. tu la tgk Nieyl business ketupat palas. meriah! suka gak makan..but more ke ketupat jugaks.

    ReplyDelete
  5. Baru tahu Nieyl jual.. Akk beli dgn mak mertua adik je

    ReplyDelete
  6. Bagusnya moga bertambah rezeki awk sekeluarga amiinn

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)