24 October, 2017

Riadah Main Bowling di U-Bowl Cyberjaya

Riadah Main Bowling di U-Bowl Cyberjaya | Sesekali bila dapat beriadah bersama family dengan melakukan aktiviti-aktiviti orang muda ni best kata Mak, walaupun tak join main sekali. Last week hari sabtu kebiasaanya nieyl dengan husband kalau tak ada plan nak pergi mana-mana, mula lah keboringan di rumah. Last minit punya plan nieyl dengan family kakak ajak mak keluar pergi main bowling dan makan-makan. Mak pun okay sebab hari sabtu biasanya mak boring tak buat apa dekat rumah. 


Selfie dengan Mak, nak whatsapp dekat ayah nieyl bukti mak keluar jalan-jalan dengan anak-anak dia. Sekali tengok ada tak nampak nieyl ikut muka mak ?sebenarnya ada bahagian mata sepit ,hidung dan bibir...hehehehe...


Nak juga selfie sementara menunggu turn nak baling bola bowling, nampak kurus sikit tak? hahaha..ini salah satu teknik nak selfie gaya kurus okay..boleh try yaaa..just kidding..


Kitaorang suruh mak pegang bola dan baling dia tak nak,dia segan..last-last pose dekat kerusi jela dengan bola boling, hantar dalam group family..terkejut semua orang tengok mak pegang bola boling sebabnya mak nieyl ni selalu nya pegang senduk,kuali, bunga..hihihi..


ceh..ceh..ceh..my turn, 15 minit pertama menguasai tangga pertama, lepas tu hampeh no.3 lastnya sebab ada orang lain yang dah potong point di saat-saat akhir,katanya baru panasss..hihihi..


InsyaÁllah akan datang, nieyl akan buat perlawanan bowling family..masih lagi mencari masa yang sesuai untuk buat pertandingan berpasangan. Selain itu program yang masih dalam perancangan adalah pertandingan memancing di PD..itu pun masih dalam perancangan masa, dan tempat. 

Selalu kalau nak main bowling nieyl pergi di Alamanda Putrajaya, so sekarang ni di Dpulze dah ada U-bowl so,nieyl akan ke sana sahaja sebab dekat dengan rumah. Dan penat main nanti di floor bawa bowling tu banyak kedai dan restoran so,boleh makan dekat situ je..tak perlu nak keluar pergi tempat lain. 

U-Bowl
SF 01| Second Floor
Dpulze Shopping Centre,Cyberjaya




2 comments:

  1. belum pernah lagi jejak kaki ke dpulze sana. balik2 alamanda je hahahaa

    ReplyDelete
  2. Wah.. seronoknya riadah bersama family main bowling..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)