23 October, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com

by on October 23, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

21 October, 2016

PENCARIAN BLOGLIST NOVEMBER BY AISYHAH NYAIS

by on October 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Terima kasih ya kepada yang Tag...
maaf lambat menjawab tag tu...hihihi...

Now,kena Tag Orang ek?
siapa ek?
Nak Tag Semua Yang Baca Blog Nie la...
sesiapa yang nampak banner nie...awak di Tag...
jom meriahkan nya... :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Segmen Ucing Nak Bloglist

by on October 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Maaf ya ucing lambat pula join segmen nie kali ni,bizi pindah opis..Ok hari ini kita join okay...Support u.. :)


http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/10/segmen-ucing-nak-bloglist.html

Segmen Ucing Nak Bloglist.

Hi Blogger.Melihat Banyak Blogger yang membuat Segmen Bloglist pada kali ini jadi Ucing pun nak buat Segmen ini juga.Segmen ini adalah mudah Semua yang Join Segmen ini akan Saya masukkan dalam Bloglist Blog Ucing.

Syarat syarat nya adalah mudah.:

1) Masukkan "  http://ucingkadayan.blogspot.com  " dalam Bloglist Anda dengan Nama Ucing Kadayan.
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Bloglist "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan dalam box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

Itu Je...mudah kan (^_^) Tag Rakan Anda .Segmen Tamat 28-10-2016.
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI

by on October 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !



GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS

Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends


SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-

1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "

2. Follow blog www.azlindaalin.com

3. Follow G+ INI

4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini

5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS


Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016  hingga 25 November 2016

Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup. 

Kesimpulannya, kene rajin terjah  blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.

Semoga berjaya ! 

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Mangga Telur

by on October 21, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mangga Telur | Hari ini first day masuk opis baru,so..baru 50% mengemas barang yang sedia ada,tu nanti nieyl cerita dalam entry lain ya... Nieyl tak tahu nama spesifik buah nie tapi nieyl tahu orang kata nama dia mangga telur atau pelam telur. Dulu masa zaman kanak-kanak, biasalah duduk kampung kan..kalau tak marayau satu kampung bukan budak kampung lah, panjat memanjat ni dah tak heran dah,dulu dekat area rumah nieyl tu ayah suka tanam pokok-pokok buah. Seingat nieyl ada pokok rambutan, pokok pulasan, pokok durian, pokok buah mata kucing, pokok durian belanda,ha..itu jela yang nieyl sempat jumpa dalam kawasan rumah nieyl. 

Nieyl share nie itu cerita 23tahun yang lalu ya, jangan tanya sekarang ada lagi ke idak..Jawapan dia tak ada dah. Sebab sekarang nie kawasan rumah tu dah penuh dengan rumah anak-anak mak ayah. Weekend lepas, nieyl singgah rumah pakcik nieyl nak bagi kan kad jemputan kahwin sepupu nieyl.. Lepas tu dia bagi satu plastik mangga telur nie yang masak-masak. Nampak tu?sedap kan..hihihi


Kalau nak makan buah mangga telur nieyl, tak best kalau kupas kulit guna pengupas. Nieyl suka guna gigit...baru ada feel..eyer...betul..kecik-kecik macam tu lah kita orang makan buah mangga telur nie tau..wah!rindunya la zaman kanak-kanak dulu.

Apa kenangan yang korang ingat masa kecik dulu?ada tak panjat-panjat pokok ni bagi perempuan la..lelaki kalau tak main panjat pokok macam pelik je bunyi ye kan..hihihi.. share la...
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

20 October, 2016

Ada Orang Belanja Dunkin Donuts

by on October 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ada Orang Belanja Dunkin Donuts | Jangan tanya bila nak kurus ya..sebab macam manalah kita nak menguruskan badan ni hah..kalau rezeki makanan tu sentiasa ada..Alhamdulillah...murah rezeki orang yang selalu belanja nieyl ni tau...sweet sangat kan kawan-kawan nieyl ni...


Berkawan bukan hanya untuk makan free ye,jauh sangat niat tu ya.. Kadang- kadang kita berkawan dengan seseorang itu tanpa kita tahu latar belakang dia, walaupun kita berkenalan dengan seseorang itu tanpa sengaja. Ya betul, nieyl teringat lagi one day tu kalau tak silap tahun 2009 masa tu nieyl baru je join gomen ni. Biasalah nama pun budak baru kan, cara pun macam budak baru la. Duduk diam-diam je dekat tempat yang dieorang sediakan tu.

Masa tu tak kenal pun siapa dekat situ, nieyl la manusia paling pemalu uolls dekat opis tu. hahaha.. Tapi satu hari tu ada kakak nie tegur nieyl,tanya soalan yang biasa di tanya dekat budak baru la.. Tapi siapa sangka kan, dari detik itu sampai ke hari ini we very close. Breakfast sama,lunch sama..sharing story each other. Alhamdulillah, rasa bila Allah beri kita kawan seperti itu yg kita tak sangka tu Rasa kita sayang sangat dia macam ahli keluarga kita sendiri :)

Korang ada kawan macam tu?
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Ladies Night

by on October 20, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Ladies Night | Kebiasaanya kalau hari bercuti sabtu dan ahad tahap kemalasan tu agak menebal sangat tau. Kalau nak mandi tu, aduhai...lambat dari biasa. Tengah² nak tengok berita sabtu lepas dapat whatsapp dari my little sister in law, agak pergi minum ladies only termasak MIL sekali. So, time tu relax je lagi jawab nak pergi pukul berapa..dia jawab pergi siap,dah nak ambil lah nie.. hahaha agak² korang tak ke macam lipas kudung berlari masuk bilik mandi..hahaha...dah tu,iron tudung lagi..hahaha..last² minta tunggu lepas isyak baru pergi..so, i tak adalah rushing sangat nak bersiap....adeh!adik next time jangan buat begitu yea...make sure bagitahun sejam sebelum nak pergi..Almaklumlah,kakak ipar adik ni makan masa sikit nak bersiap. 


Kiteorang pergi makan dekat kedai bubur yang Arwah FIL nieyl suka makan. First order tu mmg nak makan bubur je sebab dah lama x makan dekat situ.. Tapi habis,dapat 1 je...and last try jelah kueh tiew tomyam dan keropok lekor. Dapatlah spend time bersama walaupun sekejap.. InsyaÁllah next week we plan nak pergi makan-makan lagi sebab adik ipar last dekat selangor,dia akan berhijrah ke melaka sebab dapat job dekat hospital sana.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

19 October, 2016

Resepi Buttermilk Chicken

by on October 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 



Resepi Buttermilk Chicken  | Hari ahad lepas ada sedikit kerajinan memasak, walaupun sebenarnya dah tak tahu nak masak apa..No idea..tertiba ternampak pula gambar buttermilk chicken..hihihi..mengoda betul..terus pergi kedai beli ayam,beli butter dengan susu cair. Bila post gambar dekat IG ramai tanya resepi..meh share..

Bahan-bahannya: 
Ayam ( potong kecik-kecik) 
1 sudu besar serbuk kari 
2 sudu besar tepung jagung
 2 sudu besar tepung gandum 
Garam dan gula sedikit
1/2 tin susu cair (Kalau yg suka berkuah,macam nieyl letak lebih)
 3 sudu butter 
Daun Kari 
3 biji bawang merah (potong dadu)
1 ulas bawang putih (ketuk pun boleh)
cili api (pada yang suka pedas)
 Minyak untuk goreng ayam

Cara-caranya: 
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. 
  2. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam. 
  3. Goreng ayam sehingga masak.
  4. Panaskan kuali dan masukkan butter. 
  5. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari. 
  6. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. 
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit.
  8. Tadddaaaa..dah siap..boleh makan dengan nasi panas²...

Ha..selamat mencuba ya korang.. :)

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

5 Sebab Kenapa Suka tengok Drama Suri Hari Mr. Pilot

by on October 19, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

5 Sebab Kenapa Suka tengok Drama Suri Hari Mr. Pilot | Selepas fallen in love dengan abang bomba, kini beralih ke Mr.Pilot lah pula..fenomena betul tajuk² drama pakaian seragam sekarang nie..  Hari ini masuk minggu ke-2 drama Suri Hati Mr.Pilot yang dikatakan setiap hari trending uolls.. Tapi jujurnya drama nie memang best pun.. Nieyl ada 5 sebab kena nieyl masih menonton drama nie dari first episode sampai ke hari ini. :)

  1. Neelofa cantik
  2. Bahasa Inggeris neelofa terbaik (sebutan dia tersangat sedap didengar)
  3. Tertarik dengan semua koleksi WardabyNH hihihihi
  4. Gandingan Fattah dengan neelofa yang baru.
  5. plot drama yang tidak membosankan.
So,hopefully drama nie akan terus trending macam Drama Dia Semasni Honey sampai habis. So,korang mana² tak sempat tengok setiap hari. Jangan risau hari ahad ada marathon :) hihihi

  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

18 October, 2016

Mereka Hanya Ada 1

by on October 18, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mereka Hanya Ada 1 | Dalam dunia ni kita hanya ada satu ibu dan satu ayah. Walaupun ayah kita kahwin 3..Mak kita tetap ada satu dan ayah kita tetap ada satu dan tak mungkin akan ada 2 atau 3 atau pengganti yang sama macam mak ayah kita kan. Rasa bersyukur sangat sebab membesar depan mata ayah mak, dah kahwin pun still depan mata lagi. 

Lepas ayah keluar dari hospital, ayah tak duduk rumah nieyl lagi dah..ayah tinggal di rumah wife dia no.3.. jadi wife no.1 dan no.2 weekend baru datang bersama anak²,cucu melawat ayah. Kata ayah dekat rumah wife no.3 lebih tenang dan dia lebih selesa lagipun wife no.3 tak bekerja so boleh bagi attention 200% dekat ayah. 

Macam mak nieyl,wife no.1 nie redha jelah bila suami dah bagi kata putus begitu lagipun, rumah nieyl ada kucing,tak sesuai ayah kata dia nak duduk situ. Hmm..lagipun mak nieyl bizi dekat memasak dekat kedai makan mak tu,takut tak dapat nak beli perhatian sepenuhnya pada ayah. 

Mak no.2, kata ayah jiran rumah ada anak yang suka baiki moto,jadi bising ayah tak suka tempat² yang bising dengan keadaan dia yang baru lepas operation tu. Lagipun, mak no.2 ada jaga 3 org cucu dekat rumah. So, faham² jela..orang kalau tak sihat dia suka suasana yang tenang relax..


Gigih pagi sabtu mak masak untuk ayah, kata mak..ayah nak makan ikan tenggiri masak asam pedas lepas tu ikan bawal masak stim..wah!selera orang sakit..hihihi..Alhamdulillah...dari segi makan tu ayah berselera cuma dia kata tangan kanan dia dah start sakit...cuma skrg nie kena lebih pantau keadaan ayah.


Bila isteri rindukan suami, walaupun hidup berliku dan di uji dalam pelbagai ujian dan dugaan tapi Allah masih mempertahankan ikatan yang dah lebih 46 tahun nie...Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..limpahkan segala kasih sayang antara mereka berdua hingga ke Jannah..Amin....
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

17 October, 2016

8 Tip Mendidik Anak Supaya Cintakan Al-Quran

by on October 17, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


8 Tip Mendidik Anak Supaya Cintakan Al-Quran | Pengalaman nieyl masa kecil-kecil dulu, ayah memang ambil berat tentang 3 perkara nie, pertama Solat, kedua Quran dan ketiga pelajaran. Dulu nieyl belajar mengaji dan baca quran di rumah jiran sekampung bersama kawan-kawan yang lain. Ada sesekali je kalau tak pergi mengaji di rumah ustazah, ayah yang akan ajar tapi biasalah kalau ayah yang ajar...kena kebal kalau salah kena marah..

Nieyl pasti setiap rumah kita pasti ada sekurang-kurangnya sebuah naskah Al-Quran kan. Tapi berapa ramai yang benar-benar membaca dan mengamalkan atau hanya letak di atas rak buku sahaja..Itu salah satu ayat yang sering di ucapkan oleh penceramah² bila topik Al-quran. 

Baru-baru nie kakak nieyl ada call, minta nieyl cari kan sekolah-sekolah tahfiz yang ada ambil pelajar untuk musim cuti sekolah bulan 11 dan 12. Dia nak hantar anak dia ke sana untuk belajar mendalami Al-Quran supaya cuti sekolahnya terisi dengan perkara-perkara yang bagus.

Jadi,sedang mencari pusat-pusat tahfiz tadi terbaca tip untuk mendidik anak-anak mencintai al-Quran.
  1. Ibu dan ayah mesti rajin mengaji
  2. Dedahkan anak-anak melihat video surah-surah al-quran
  3. Perdengarkan bacaan ayat al-quran
  4. Ceritakan kisah-kisah dari al-quran
  5. Belikan al-quran khas untuknya
  6. Ajar baca surah sebelum tidur
  7. Beritahu anak-anak,al-quran menjadi teman dalam kubur
  8. Al-quran adalah mukjizat terbesar
Bersama- sama kita mendidik diri kita bersama anak-anak mencintai al-quran. 



  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png

Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun

by on October 17, 2016
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 


Hasil Sayur Tanaman Mini Kebun | Korang ada rasa tak kebuntuan nak masak sayur apa?Selalunya kalau memasak kena lengkap ada ikan/ayam dan sayur. So,biasalah kalau kita pergi kedai akan nampak sayur yang hijau seperti kangkung,bawam, sawi, kacang panjang pusing² sayur tu je kan. Boring kan. 

Beruntung kalau sesiapa yang duduk kampung atau bandar yang ada kawasan untuk bercucuk tanam nie, macam abg nieyl ni dia suka bercucuk tanam..sekarang nie dia tanam kailan dan pokok ubi.. Last week bila dah tak tahu nak beli sayur apa...kita pergi la dekat kebun sayur dia..hihihi... kita ambik kailan dengan pucuk ubi.


Pucuk ubi ini tak banyak pun abg tanam, untuk bagi semua rasa kena ambil ikut turn tau..hahaha..2 minggu sekali 1 rumah..so,this week nieyl dah ambil dulu dah. Nieyl rebus pastu buat masak tumis ikan bilis dengan cili api..peh!fav nieyl tu dari kecil lagi tu selain mak nieyl selalu celur pucuk ubi tu pastu cicah dengan sambal sardin..peh!sedapnyaaa...rindu masakan mak...


Orang kata kalau tangan nya sejuk, InsyaÁllah tanam apa pun lah akan hidup dengan subur dan segar. Abg nieyl tanam kailan nie gemuk² tau.. Yang nie pun nieyl tumis bersama udang..ada rasa manis² udang tu sikit, kailan yang di tanam nie dia rasa pahit² sikit tapi sedap rangup je makan dia. Lagipun kailan senang hidup..

Ha..sesiapa yang ada kawasan yang boleh bercucuk tanam tu,rajin² lah tanam pokok² sayur yang mudah hidup..sesak² ada juga sayur yang boleh di ambil dan di masak untuk dimakan sekeluarga kan.. :) jimat dah RM2 -5 duit beli sayur tau.. :)
  Sign Blog photo sign blog_zps0lh8t4jo.png