19 July, 2024

Bertemu lagi Jumaat

by on July 19, 2024

Assalamualaikum...
Salam jumaat..
Pagi tadi kan nieyl sebenarnya sampai awal dekat office..
before pukul7.30, masa dekat parking tu nak check in kehadiran guna apps..
tiba-tiba pula lain telefon tak ada, macam duduk dalam gua...
dah sudah, plan hari ni nak balik awal ni...
terus restart phone..sambil tunggu tu naik ke office terus...

Dah sampai dekat bilik..
tengpk phone dah ada line dah...
tapi check in pukul7.35 nasib baiikk...
klu tak boleh tadi, jenuh nak check in pukul berapa kan...

Dugaan nieyl pagi ni...
Nasib baik semua under control..
hari ni nieyl breakfast karipap dan bihun goreng...

happy working..

 

18 July, 2024

Setelah sebulan, jomlah kita tukar

by on July 18, 2024

 

Setelah sebulan, jomlah kita tukar | Apa yang nieyl nak tukar tu?pewangi bilik office nieyl, sebelum yang lalu nieyl guna pewangi dari lovely lace kan, so..untuk bulan july ni nieyl tukar ke ambi pur pula. Kebetulan semalam nieyl keluar lunch singgah watsons ada offer membership teruslah grab satu. Mula-mula tu rambang hidung juga tak tahu nak pilih mana satu sebab semua wangi. Tapi kalau bilik lebih sesuai bau lavender lebih relax sambil buat kerja. Orang masuk bilik nieyl pun tenang je sebelum masuk bilik boss kan hehehe.

Korang pernah guna ke ambi pur untuk room?selalu ambil yang mana?

Sampai Office Bau Wangi

by on July 18, 2024


Assalamualaikum...
Selamat pagi khamis..
bila dah nak menuju weekend ni..
badan pun mula mengada-ngada tau..
nieyl masih breakfast bersendirian..
aduhai..lambatnya Syida nak masuk kerja balikk...

Bila breakfast sorang-sorang tu..
lambat sikitlah start makan..

korang, nieyl baru beli lotion baru letak dekat office..
nieyl kan lebih 8 jam duduk dalam office beraircond je kan..
nieyl suka bau lotion ni wangi, lembut, sweet...
bila pakaikan kulit jadi lembut dan wangii..
dia ada habbatus sauda juga..
yang pentingg anti ageing..

17 July, 2024

Urusan Hotel Pun Dah Settel

by on July 17, 2024

 

Urusan Hotel Pun Dah Settel | Yang mana follow blog nieyl mesti dah tahu kan nieyl nak pergi JB minggu depan. Entry ni  nieyl dah cerita yang nieyl dah settel beli tiket flight dan kenapa nieyl pilih untuk naik flight. Untuk entry hari ini nieyl nak update yang urusan hotel sepanjang berada di JB pun Alhamdulillah dah selesai kita buat booking. Itupun nieyl cari yang betul-betul dekat untuk nieyl dan kawan2 mudah untuk bergerak sepanjang dekat sana nanti..

Kalau tengok calender hari ini, ada lagi 9 hari sebelum nieyl pergi bercuti dengan afika dan syida. Tiket flight dan hotel dah settel, so minggu ni plan nieyl nak settelkan itinerary 3 hari 2 malam di JB pula. Ha..selalunya kalau bab itinerary memang nieyl yang akan buat, sebelum confirm..nieyl akan tunjuk dulu dekat dieorang, kalau-kalau ada tempat-tempat yang dieorang nak pergi dan kita boleh bincang adjust masa. Nampak je 3 hari 2 malam kan, tapi sebenarnya masa untuk  berjalan dalam 1 hari setengah sahaja. Hari ke -3 flight balik KLIA awal. Sebab isnin tu nieyl kerja, tak nak ambil cuti sebab jumaat dah ambil cuti hehehe..nanti bulan 9 nak ambil cuti lagi.

Sambil-sambil nak buat itinerary ni, nieyl tengah fikir juga outfit yang nak pakai dekat sana. Kalau boleh pakaian pun nak bawa seminimum yang boleh. Kalau ikut kiraan nieyl tu, dalam 3 baju jalan, 2 baju tidur..so, total 5 pasang je..cukup la kan..

Oklah nanti nieyl akan update lagi tentang percutian singkat nieyl dengan kawan-kawan dkt JB okay. 



Resepi Lala Masak Pedas

by on July 17, 2024

Resepi Lala Masak Pedas | Semalam kan nieyl share yang nieyl ada beli lala dekat pasar borong tu kan, so weekend nieyl memang akan masak. Nieyl bagi mak nieyl berehat masak. Dah beli lala tu, balik nieyl terus cuci bersih-bersih dan toskan dulu..Masa ni tak fikir lagi nak masak apa, selalu nieyl masak sos je so kali ni nieyl fikir nak masak ala-ala thai sikit lah..cumanyaa nieyl terlupa beli sos thai, jadinya nieyl masaklah mengikut citarasa tekak nieyl tapi sodap hahaha..puji diri sendiri pulak..

Bahan-bahan

Lala
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Cili kisar
Sos cili kimballs
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau purut

Cara memasak
  1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dikisar kasar dan tumis dengan minyak sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar, kacau sehingga pecah minyak dan masukkan sedikit air
  2. Masukkan daun limau purut, garam, gula, sos tiram dan sos cili ,kacau sehingga sebati
  3. Masukkan lala , masak sehingga lala terbuka, kalau dah terbuka tu dah masak dan boleh dihidangkan.

selamat mencuba...

p/s: tapi kalau rumah korang ada sos thai tu, gunalah..tak yah guna sos cili kimballs tu tau...nieyl sebab tak ada pilihan itu je yang ada, kalau letak sos thai tu rasa dia lebih sedapppp...hehehe

 

Breakfast Bersendirian

by on July 17, 2024


Assalamualaikum...
selamat pagi rabu...
dah breakfast ke tu..
minggu ni nieyl breakfast dekat tempat je..
sebab syida seminggu tak ada dekat office..
dia berbengkel dekat luar...

Jadi, sambil breakfast..
sambil la kita layan Kdrama ya pagi-pagi ni hahaha..
buat teman di pagi harii...

Happy working semua..

 

16 July, 2024

Seronok Pergi Pasar Borong

by on July 16, 2024

 

Seronok Pergi Pasar Borong | Dulu bila sebut je pasar borong aduhai terasa malasnya nak pergi sebabnya nak mengadap jem seri kembangan tu. Itu masa nieyl rasa kuasa membeli paling murah adalah di Segi fresh dan  juga pasar pagi tempat nieyl tu. Tetapi bila harga barang makanan semakin hari semakin tinggi, nieyl kena fikirkan penjimatan dalam berbelanja walaupun hanya nieyl, husband, mak ayah je duduk di rumah tu. 

Sebelum ni setiap minggu nieyl akan berbelanja rm200 seminggu untuk bahan basah dan sayur-sayuran. Tapi bila nieyl dah jatuh cinta dengan pasar borong ni Alhamdulillah nieyl hanya bawa duit dalam wallet RM100 sahaja. Nieyl boleh dapat sayur-sayur dan bahan basah untuk seminggu. Bestkan dari seminggu RM200 sekarang hanya RM100 je..meloncat kegembiran nieyl dan duit lebih boleh saving dekat mana yang patut. 

Nieyl share sikit barang basah yang nieyl beli weekend hari tu, untuk stok seminggu nieyl. Nieyl sertakan harga sekali, pada nieyl murah dah tu tapi tak tahulah kalau tempat korang lagi murah dari nieyl kan. Oh ya, nieyl pergi pasar borong selangor tau.

Ikan kembung size XL ni paling fav nieyl setiap minggu memang wajib nieyl beli. Harga ikan kembung ni minggu lepas RM12.50 sekilo, nieyl ambil dalam 7 ekor biasanya boleh masak 2x. 

Ikan sardin size besar juga, sekilo RM9.50 dan sama juga nieyl ambil dalam 7 ekor. Ini kalau goreng panas-panas, makan dengan nasi , sambal belacan tambah ulam...yum..yum..bertambah nasi ya kawan-kawan..tak pun buat kuah laksa campur pula dengan ikan kembung..waduh..yang ni nieyl bayar RM8.50..

Ikan bawal hitam besar ni nieyl beli 2 ekor, minta dia buang insang, perut semua dan potong 3..yang ni nieyl lupalah sekilo berapa tapi yang ni nieyl bayar RM18. Yang ni masak kari pun sedap kan...
Last sekali nieyl beli Lala teringin pula nampak hari tu, sekilo dalam RM8.00, yang ni nieyl pilih sendiri, bukan yang dah siap paket tu.Ha..puas hati dapat pilih yang elok-elok..

4 item ni jela barang basah yang nieyl beli untuk seminggu. Kenapa nieyl tak beli udang, ketam sebab dekat rumah nieyl semua orang tak makan. Jadi, memang kitaorang makan daging, ayam, ikan sahaja. Selain dari tu nieyl akan beli sayur-sayur lah memang murah-murah ya, sayur pun nieyl habiskan dalam RM30 lebih kurang cmtu..ada baki tu nieyl akan beli minyak masak dan telur sepapan. Ha..habislah RM100 tuuuuu...

Ha..macam itulah nieyl berbelanja setiap minggu sekarang. Nieyl akan keluar rumah pada 6.30 pagi, sampai pasar borong tu dalam pukul7. Walaupun macam jauh sikit dari rumah tapi seronok dapat jimat dan dapat barang basah yang fresh... Serius tau , memang fresh walaupun ikan kembung tu dah 4 -5 hari dalam fridge, bila masak manis ikan tu masih lagi ada.  Sebab itulah mak ayah kita dulu suka pergi pasar pagi daripada beli dekat kedai acheh ke super market..sangat berbeza rasa dan nilai wang kita tu. Kalau nak berjimat, memang kena susah sikitlah kan. 

Ok itu je cerita tentang pasar borong, apa-apa pun harga barang dekat tempat korang macam mana?sama naik juga ke?

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci

by on July 16, 2024

 

Nieyl dapat Gift dari Tanah Suci | One of my kakak dekat pejabat bulan 5 hari tu dapat rezeki panggilan ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Masa sebelum berangkat tu dia ada buat majlis doa selamat sikit dan nieyl pun berkesempatan hadir sama dan dia ada sedia satu buku nota doa untuk dibacakan di sana. 

Nieyl tak lepaskan peluang untuk menulis setiap doa-doa yang nieyl nak dibacakan di sana. Walaupun belum ada rezeki lagi nak ke sana tak apa lah, kita sampaikan melalui orang lain dulu. Antara doa yang nieyl kirimkan adalah kesejahteraan mak ayah nieyl, suami, adik beradik dan nieyl juga kirimkan doa supaya Allah kurniakan nieyl zuriat yang soleh dan solehah satu hari nanti...

Sekarang kakak tu dah pun balik, dan dah mulakan kerja minggu ni. Dan dia berikan nieyl sejadah  yang ada tulis nama nieyl dalam bahasa jawi. So sweet ...Alhamdulillahh...sebab nieyl memang teringin nak beli sejadah yang boleh tulis nama nieyl...rezeki kan..

Semoga satu hari nanti kita semua yang membaca entry nieyl ni, diberikan kesempatan dan rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci InsyaÁllah...Aminnnn

Deko Majlis Retirement Simple

by on July 16, 2024

 

Deko Majlis Retirement Simple  | Semalam tak sempat nak buat entry, hari ni barulah ada free time sikit nak menaip panjang dalam entry. Banyak sebenarnya yang nieyl nak share dalam blog, baru sempat masukkan gambar je dulu, masih dalam draf. Nanti tinggal nak taip cerita je. Minggu ni bos-bos nieyl semua tak ada dekat pejabat, dieorang pergi Bengkel back to back..hihihi..nieyl dekat office jadi permaisuri lah sekejap sambil-sambil menyiapkan entry-entry yang tertunggak ni. 

Khamis lepas kan nieyl ada cakap yang nieyl balik kerja lewat sikit sebab bahagian lama nieyl minta tolong deko kan pentas utama untuk majlis persaraan timbalan pengarah nieyl yang lama. Nieyl guna barang-barang yang nieyl ada simpan dalam stor bahagian lama nieyl je, cuma adalah kain yang nieyl minta kelab beli.

Tadaa..inilah hasilnya idea yang nieyl curahkan dalam masa yang singkat. Deko ni dia kena ada time dia, untuk kita fikir apa yang sesuai dan apa yang boleh digunakan. Disebabkan kesuntukan masa dan tenaga sebab nieyl terpaksa pula lari dari aras 5 ke aras 2, jadi kita buat apa yang termampu sahaja. 
Ini kenangan nieyl bersama hasil kerja nieyl. Ini pun nasib baiklah kak emmy ajak bergambar sebelum majlis, kalau tidak..tak ada gambar dekat sini. Majlis pagi tu adalah majlis persaraan dan belah petang pula kita tukar perkataan happy retirement tu kepada Good Luck dan salam perpisahan untuk pegawai nieyl yang berpindah keluar ke kementerian lain. Yang itu nanti nieyl akan share juga entry dalam minggu ini insyaÁllah.. 


11 July, 2024

Dinner di La Padella Western & Italian Puchong

by on July 11, 2024

 

Dinner di La Padella Western &Italian Puchong | Minggu lepas nieyl balik kerja, husband cakap dia teringin nak makan western sebab dia baru baik beberapa hari tu suara dia serak dan hilang. Jadi, nieyl ni pula jenis kalau bab makan, memang onz je hihihi. Tapi bila tanya husband nak makan dekat mana?dia kata alaaa sayang cari la..ha..bab tu sis memang tak suka buat last minit carian , sebab kalau cari last minit ni dia boleh tersalah pilih kedai nanti kecewa. Tapi nieyl dah cakap dah dengan husband kalau tak sedap jangan marah..

Dengan menggunakan kuasa viral TikTok nieyl jumpa satu kedai area Puchong. Kalau dari rumah nieyl tu kalau tak jem dalam 30-35 minit sampai lah. Kira ini kali pertama nieyl pergi kedai ni, nasib baiklah ada maze ni tau, kalau harap bergerak tanpa waze memang sesat barat lah weh..

Jom tengok apa yang nieyl order malam tu. Memang menjadi kebiasaan kalau makan western kena minum ais lemon tea, nieyl jarang order air lain. Husband nieyl order air asam boi rasanya. Lupa nak snap air dia. 

Menu pertama yang sampai adalah Speghetti Beef Bolognese . Sos dia memang sedap macam sos prego yang selalu kita buat sendiri tu, cukup rasa, portion dia banyak boleh makan 2 orang. Beef dia tak kedekut langsung. Nieyl makan sampai speghetti tu habis, tapi beef dia tak habis lagi hahaha.

Yang paling husband tunggu. Set ni nama dia grilled platter. Ada kambing , ayam grill, ikan, sosej, telur dan slide chicken ..So, set ni boleh makan 2 -3 orang sebenarnya. Sebab nieyl dengan husband pun jenuh nak habis kan berdua. Review ikhlas nieyl chicken dan ikan grill dia sedap cuma kambing dia tu mungkin kena masak lembut sikit lagi sebab jenuh nak kunyah lama-lama sebab liat sikit. Sos black pepper tu untuk nieyl kurang la, tapi kalau orang lain punya tekak mungkin ok kot..Lain tekak lain la ragamnya kan...

Dari segi harga, memang berbaloi sebab untuk set Grilled tu hanya rm42 sahaja dan Speghetti beef yang sedap tu harga dia hanya rm12 sahaja. Total nieyl makan malam tu tak sampai rm60 ..Kenyang Alhamdulillah. 

Jadi kalau korang pun nak cuba makan dekat sini bawa anak-anak boleh la, tapi kalau tengok dekat Tiktok tu memang ramai orang cuma masa nieyl pergi kebetulan belum ramai lagi, nieyl sampai order terus ramai orang penuh tempat dia hehehe...Cuma kalau yang tahan dengan kesesakkan jalan dekat Puchong ni je akan sampai kedai ni hehehe...Ok next time nieyl share lagi tempat-tempat yang nieyl makan okay...


La Padella Western & Italian 
Jalan 3, Kampung Pasir Puchong,
47100 Puchong, Selangor


Pagi Khamis Yang Penuh Tenaga

by on July 11, 2024

Assalamualaikum...
Hari ni dan esok nieyl tak drive ke pejabat..
Hari ni nieyl park dekat area rumah syida..
nieyl car pool je dengan syida 2 hari ni..

Hari ni pun nieyl akan balik lewat dari biasa..
sebab bahagian lama nieyl minta nieyl tolong deco kan pentas..
untuk majlis persaraan salah seorang pegawai bahagian lama nieyl.
Nieyl berbesar hati menyumbang tenaga, idea dan masa untuk mereka..

Tapi itula, nieyl kena lari-lari la sikit..
kejap dekat aras 5 kejap dekat aras 2 hahaha...
kalau ikut calender petang ni, 3 - 3 boss nieyl ada meeting...
so, boleh la nieyl lari kejap ke aras 2 hihihi..


Pagi ni nieyl beli kopi o ais..
untuk elakkan nieyl mengantuk macam semalam...
tapi nasib baiklah kopi o ais dia ni tak manis langsung..
tawar dan pahit hahaha...terbuka besar mata nieyl skrg ni hahaha...

Happy working semuaa

 

10 July, 2024

Nasi Goreng Kambing

by on July 10, 2024

 


Assalamualaikum..
Selamat pagi..Breakfast apa hari ni?
Pagi ni nieyl rajin sikit bangun awal, 
buat breakfast sendiri..
Hari ni nieyl masak nasi goreng kambing...
Rasanya macam sikit je simpan nasi, 
bila dah goreng kan adoi..boleh makan 2 -3 orang...

Terus wasap syida, 
pesan jangan bawa sarapan ke beli..
Sebab nieyl ada bawa nasi goreng.
makan sama-sama...

Oh ya, nasi goreng nieyl ni tak ada letak apa-apa bawang pun tau..
tapi rasa diaaaa sedappp syida kata...hihihi


Alhamdulillah...
 
Happy working...