25 August, 2026

Apa yang ada dalam beg saya?

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi..

Pernah tak korang buka beg sendiri dan baru sedar, banyak betul benda ada dalam tu? 😄

Beg nieyl sebenarnya taklah besar mana, tapi isinya macam-macam.

Selain handphone, ada beg kecil dalam tu semua kad ada,
ada kunci kereta (sekali kunci motor, kunci rumah) ,
Lipstik ada 3, lips treatment , perfume, tag nama, pin tudung kecemasan,
pad dan pantyliner wajib ada , teh biokanaf ( standby) dan olive oil..

Kadang-kadang ada juga resit lama, gula-gula,
duit syiling pun ada cuma hari ini check tak ada..hahaha

Bagi nieyl ataupun beg sesetengah orang perempuan ni bukan sekadar tempat simpan barang. Ia macam “beg kecemasan kecil” yang sentiasa menemani ke mana-mana.Macam poket doremon..

Apa pula yang wajib ada dalam beg korang? 👜✨


13 comments:

  1. Adoi.. Linda kalau boleh nak bawa diri je tau... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat lagu mana linda oii..terpaksa kalau jalan2 bawa hp ngan wallet je..

      Delete
  2. Ni boleh buat segmen ada apa dalm bag kerja kita ? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..kan boleh buat dah tu, kdg2 seronok juga baca entry simple-simple macam ni..

      Delete
  3. Lebih kurang sama la kita tapi sejak tukar beg ni macam tak muat pula nak isi semua tu. Sudahnya bawa dekat tangan juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sblm ni bawa beg kecik je konon lah xnak bawa besar2.. tapi bila kecik nak amek barang pulak susah , skrg ni ha amek ko..bekal pun boleh masuk dalam beg hahaha

      Delete
  4. Haha setuju sangat, handbag perempuan ni memang persis poket Doraemon! Semua ada dari lipstik sampai items kecemasan. Barang apa paling pelik Nieyl pernah terjumpa dalam beg sendiri sebab dah lupa dia ada dalam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru-baru ni karipap seketul hahaha..sengal betul lah...
      macam mana boleh terlupa ntah..

      Delete
  5. Handbag akk pun ada segala macam barang :D
    Tisu, eye mo, lotion, pen, ear phone antara yg ada dlm handbag akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi beg kita besar, mmg akan byk lah barang menumpang dalam tu kan

      Delete
  6. menariks ni..leh buat jugaks
    bag kak ayu lagi meriah rasanya..lagi mcm2 ada.. he he he
    tunggguuu...

    ReplyDelete
  7. Kak SA pun sama..macam- macam ada dalam handbag...kadang suami cakap apa benda yang u bawak ni..dah macam bawak batu bata pi kerja..hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)