24 February, 2026

Pokok Cili Tepi rumah

 

Pokok Cili Tepi rumah | Kawasan rumah nieyl dulu memang banyak kawasan kosong tapi bila ayah dah bina rumah anak-anak dia kawasan yang luas tu dah tak ada. Kalau macam rumah nieyl kawasan yang ada tanah hanya tepi rumah nieyl sebelum pagar rumah jiran nieyl. 

Disebabkan kawasan terhad jadi ayah nieyl dia tanam pokok cili dalam tong cat yang lama.  Rasanya adalah dalam 6 pokok cili yang ayah nieyl tanam. Ayah susun tepi pagar. 

Sekarang ini pokok cili dah berbunga dan berbuah. Banyak sangat meriah tengok tapi ada juga yang dibiarkan di pokok untuk dijadikan benih nanti. Tapi itulah ada sebahagian pokok ni dah ada benda yang putih-putih tu yang boleh rosakkan pokok, nieyl dah beli spray racun serangga khas untuk tumbuhan sayur dan buah. Tak sampai lagi, nanti dah sampai kena spray..

Hari tu nieyl kerajinan tanpa di minta , pergi petik cili api dekat semua pokok. Cili ni pedas tau, kalau nak masak berlada tu ha sesuai guna cili ni, baru terangkat kepedasannya. 

Nieyl juga ada beli anak pokok daun limau purut dekat tiktok, nanti nieyl tunjukkan..Ayah nieyl dah pindahkan ke tong cat harapnya dia membesar dengan baik ..

3 comments:

  1. Pokok cili kampung .. pedas dia memang tak terkata lah .. kat rumah CCL pun ada beberapa pokok cili kampung ni .. ayah CCL tanam dalam tong cat ..merimbun pokok

    ReplyDelete
  2. Kat rumah akak cenggini la hari tu...cili semua dh habis dituai...lepas ni nak tanam baru semula...lepas raya la nampaknya...

    ReplyDelete
  3. paling syiok la bila ktip hasil dekat pokok sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)