27 February, 2026

Beli Ikan Bilis Online

 

Beli Ikan Bilis Online | Sebelum ni kakak nieyl dua-dua orang tu yang rajin beli ikan bilis online ni tapi dieorang beli yang tak siap kopek lagi harga pun lebih murah sikit. Tak apa la dieorang berdua tu dah bersara ada banyak masa dekat rumah memang patut pun beli yang tak kopek lagi tu. hahaha..

So, ini kali pertama nieyl cuba beli online yang dah siap kopek. Untuk niey lebih mudah sebab tak ada masa nak kopek dan mak nieyl dah tua, dia pun dah tak boleh nak kopek-kopek ni nanti tulang tercucuk dekat jari dia pula, nanti nieyl juga yang kena marah, jadi kita beli yang dah siap kopek.

Semalam mak nieyl dah buka bila sampai, cantik ikan bilis dia 500gm tu banyak juga dan ikan bilis dia sangat bersih dan tak ada banyak habuk-habuk tu. Nieyl beli ni 500gm RM23.90. Yang nieyl beli ni gred 5A..


Kalau korang nak try beli juga boleh masuk live dia, setiap hari dia live ,korang KLIK SINI untuk ke Tiktok dia. Dia banyak jenis gred..Dia ada juga jual yang tak kopek harga lebih murah lagi.. Ok selamat bershopping..

#kitasharebendayangbaik

2 comments:

  1. Terima kasih berkongsi pautan. Senanglah nak membeli nanti.

    ReplyDelete
  2. Cantik ikan bilis dah berkopek. Terus boleh guna.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)