Menu Berbuka Puasa Day 5 | Ada yang tengah search resepi untuk berbuka puasa ke tu?awal sangat tu hehehe..Tak apa la awal search nanti tak kalut kan. Hari ni dekat ofis nieyl ada buat bazaar ramadan, lunch nanti nak singgah lah jenguk apa yang best. Lagipun nak teman si wanie ni nak tengok lauk pauk untuk berbuka. Nieyl cuci mata je dulu kalau ada yang berkenan baru beli sebab hari ini nak masak 3 jenis lauk ni husband nieyl request.. Nak tahu apa dia request, tunggu entry esok ya ..
Oklah jom tengok apa nieyl masak untuk berbuka hari ke-5 puasa. Sambal ikan keli antara fav nieyl lagi-lagi kalau ikan tu di goreng garing..yumyum..
kalau sambal merah , nieyl suka pairkan dengan sup sayur, tak kisahlah nak buat sup sayur apa pun tapi kali ini nieyl masak sup sayur bayam campur pucuk, suun dan fish ball. Sangat menyelerakan berbuka dengan sup-sup ni.
Ampun lah tak cantik rupa murtabak nieyl ni, sebab nieyl beli murtabak frozen dari ofismate.. Tapi tak pandai nak panaskan sebab dia basah sikit, yela frozen kan..gigih laki bini dekat dapur nak terbalik kan murtabak ni hahaha..Tak apa lah, rupa tak penting sangat , yang penting RASA dia sumpah sedap!yang ni murtabak kambing..
Dalam peti ais ada lagi 2 murtabak daging yang belum dimasak, tadi ofismate lain bagitahu cuba try guna airfyer pula..ok baik, nanti nieyl try...kita tengok menjadi ke idak hehehe..
Dalam peti ais ada lagi 2 murtabak daging yang belum dimasak, tadi ofismate lain bagitahu cuba try guna airfyer pula..ok baik, nanti nieyl try...kita tengok menjadi ke idak hehehe..


.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)