Cuti dan Raya CNY 2026 | Selain dari Raya Aidil fitri dan Aidil Adha , nieyl sekeluarga menanti CNY juga sebab arwah nenek nieyl belah mak bangsa Cina yang peluk islam dan mak pun sama. Dulu masa kecil-kecil arwah nenek nieyl selalu bawa pergi raya cina dekat rumah adik beradik dia. Bila arwah nenek dah tak ada, mak nieyl meneruskan tradisi ziarah di tahun baru cina setiap tahun. Jadi, setiap tahun nieyl sekeluarga memang excited nak pergi raya.
Tema baju semua adalah merah. Sama sahaja pergi raya cina ni kita akan makan kuih muih , makanan yang disediakan dan juga air kotak. Tapi jangan risau, pakcik nieyl dia akan sediakan kuih muih yang melayu buat, makanan pula dia akan order dekat orang melayu. Untuk tahun ni , nieyl sekeluarga tak datang dengan tangan kosong. Kami datang bawa makanan juga untuk kita makan sama-sama.
kalau nak bersembang dan borak-borak kita akan lepak dalam rumah dan kalau nak makan-makan semua di luar. Disediakan meja dan kerusi. Lagi satu, pakcik nieyl dia tak bela anjing. Kalau sebelum ni, kami akan pergi 2 buah rumah, tapi pakcik nieyl yang sorang lagi tu baru tahun lepas kematian isteri dan anak pada tahun yang sama jadi, dia tidak open rumah dan dia juga tiada di Malaysia.
Inilah sepupu mak nieyl yang close dengan mak. Setiap tahun juga macam mana kami pergi raya cina rumah dia, bila tiba raya aidilfitri dia pun akan datang beraya di rumah nieyl pada pagi raya pertama..
Pakcik nieyl bagi sekeping gambar arwah nenek nieyl dengan arwah mak dia masa mereka muda-muda. Nieyl tak pernah tengok gambar arwah nenek nieyl masa muda. Masa nieyl lahir, nenek pun dah tua,nieyl hanya ingat wajah dia ketika tua. Sekali pandang muka mak nieyl masa muda sama dengan nenek nieyl. Al -fatihah untuk nenek nieyl, semoga ditempatkan dengan mereka yang beriman.
Sementara menunggu mak nieyl habis bersembang. Inilah kerjanya ni semua anak-anak buah nieyl yang depan sekali tu isteri anak buah nieyl anak sorang dah tu, yang 2 belakang nieyl tu masih muda lagi , sorang baru habis diploma dan yang sorang lagi tengah study diploma lagi.. Sesekali makcik dalam satu frame ni nampak lebih muda pula hahaha..
Sebelum kita pulang, wajib ambil gambar kenangan bersama. Ini belum semua turun lagi ni tau, rasanya kalau semua turun lagi meriah kan. InsyaÁllah tahun depan kita cuba lagi kumpulkan semua ahli keluarga. Semoga ukhuwah ini terus dipelihara dan dijaga walaupun berbeza agama tapi kita tetap berkongsi darah yang sama. Love my big family♥
Gong xi fa cai







No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)