Menu Berbuka Puasa Day 4 | Nampaknya nieyl masih belum kebuntuan idea untuk memasak menu berbuka pada ramadan ke -4 ni. Nieyl tengah cuba untuk habiskan lauk basah yang ada dalam peti ais rumah tu sebab hari ni dah rabu, hari sabtu nieyl akan top up lauk basah yang baru.
Ok jom tengok menu berbuka apa yang nieyl masak untuk kali ini.
Ayam goreng kunyit. Menu ini paling mudah ya kawan-kawan dan sedap . Dalam satu menu dah ada sayur dan protein.
Biasanya kalau ayam goreng kunyit ni kawan dia gulai atau kari kan tapi nieyl teringin nak makan kobis masak lemak putih. Menu ini memang nieyl sorang je yang akan masak, mak nieyl tak pernah masak. hihihi.. Dan mak nieyl jenis kalau makan , kena berkuah sebab itulah kebanyakan menu nieyl kena sayur atau menu yang berkuah.
Husband nieyl pula kalau tak ada benda pedas, macam kurang sikit makan dia jadi nieyl buatkan sambal belacan. Ha..baru perfect kan. Begitulah nieyl hari-hari nak fikir makanan yang kena selera dengan mak dan husband. Jenuh juga nak memikirkan hari-hari. hihihi
Husband kalau pergi bazaar , roti john ni tak pernah tak beli. Suka betul dia setiap kali pergi bazaar beli. Nieyl kalau roto john ni boleh makan 1-2 je..selalunya husband yang akan habiskan. Ok itu sahaja menu berbuka nieyl untuk hari ke-4..nanti nieyl share lagi ya..



.jpeg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)