Menu Berbuka Puasa Day 2 | Lambat sikit nieyl nak share menu berbuka puasa nieyl untuk hari ke dua puasa, nieyl weekend memang tak buka laptop atau update blog sebab weekend nieyl memang sibuk dengan urusan rumah. Oklah nak share dengan korang, menu buka puasa yang nieyl masak pada hari ke-2
Kegigihan seorang wanita bernama nieyl hahaha. Nieyl masak daging masak merah jadi gigih pukul11 malam pergi cari daging dekat MBG Putrajaya yang 24jam. Nasib baik ada tau, lepas tu adalah juga beli barang-barang masak yang lain. Renyah juga ye nak masak daging masak merah ni, dah rebus lepas tu kena potong dan goreng pula. Ambil masa juga tapi hasil dia puas hati makan dekat rumah banyak macam tu tau..kalah kedai thai hehehe..
Kita pairkan dengan sayur buncis telur dan udang. Ha..memang satu kombinasi yang best. Ha..kalau korang tak tahu nak masak lauk berbuka apa, bolehlah try.. Alhamdulillah setakat hari ni masih konsisten nieyl share menu buka dekat Story IG, Story Fb.. Ada je yang cakap tq sebab bagi idea nak masak apa..itu juga membuatkan nieyl semangat nak masak hari-hari..
Oklah nanti nieyl share menu buka ke-3 dan ke -4 okay..stay stuned..
Oklah nanti nieyl share menu buka ke-3 dan ke -4 okay..stay stuned..



No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)