27 February, 2026

Menu Berbuka Puasa Day 8

 

Menu Berbuka Puasa Day 8 | Hampir terlupa nieyl nak update menu berbuka day 8 hari ini hehehe. Bila dah seminggu berterusan masak menu nasi berlauk , semalam nieyl pilih untuk masak menu yang lebih simple. Dalam pukul11 pagi kakak nieyl whatsapp bagitahu yang mak nak makan mee bandung. Dia nak nieyl masak , tak nak yang beli. 
Nieyl ok sahaja masak apa yang mak request asalkan dia berselera nak makan. Balik kerja singgah kedai aceh beli 3 barang yang tak ada dekat rumah. Beli udang, mee dengan sawi. Tadaa, jadilah mee bandung versi nieyl sumpah simple je cara nieyl. Nieyl buat lebih bagi pada kakak ipar nieyl semangkuk. 

Dan nieyl makan puding karamel yang bos nieyl bagi semalam tu, cantik nya puding dia kan. Sedap dan tak cepat muak. Ada simpan sikit lagi tu, buka hari ini nak makan lagi... Ok itu je menu berbuka nieyl semalam..Jumpa next entry...selamat berbuka puasa..

6 comments:

  1. Sedapnyaaaa...akak x pandai masak mee bandung....

    ReplyDelete
  2. Dua-dua saya sukaaa. Nak buat mee bandung, belum ada kekuatan, sebab anak-anak tak makan mee. Kita sorang je nak makan....huhuhu

    ReplyDelete
  3. waaahhh sedapnyaaaaa Nieyl mee bandung! ana try buat puding karamel resepi khairul aming & menjadi ehehehe

    ReplyDelete
  4. Dua nampak sedap la Nieyl ... Rasa nak buat jugalah mee bandung hehe ..

    ReplyDelete
  5. Mee bandung dengan mee jawa tak sama eh?

    ReplyDelete
  6. Cantik kejadiaan puding karamel .. lepas baca entri ni kan ..baru CCL teringat haritu CCL ada buat puding karamel KA .. entri tu CCL belum publish hasil kejadian puding tue ..adehh terlupA

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen serta ziarah blog yg tak seberapa ini..:)